CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)

CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)

BELI TANAH LOAN KERAJAAN

Ramai yang tidak mengetahui kaedah ini iaitu membeli tanah terlebih dahulu menggunakan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan langkah kedua adalah membina rumah diatas tanah tersebut menggunakan pinjaman LPPSA juga.

Sebenarnya anda layak untuk membuat pinjaman dengan LPPSA untuk membeli tanah dan membina rumah. Dengan syarat anda tidak membuat permohonan pinjaman itu serentak, anda tidak boleh membuat permohonan untuk membeli tanah  dan membina rumah dalam satu permohonan pinjaman.

Apa yang perlu anda buat ialah anda perlu membeli tanah terlebih  dahulu, dan    setelah semua proses selesai dan tanah tersebut telah digadaikan ke LPPSA maka baru lah anda layak untuk membuat permohonan pinjaman untuk membina rumah.


Jika anda merupakan kakitangan kerajaan, pasti anda ada cita-cita untuk membeli tanah menggunakan loan kerajaan atau pinjaman LPPSA. Sebelum anda bertindak, pastikan anda mengetahui cara beli tanah guna loan kerajaan.

Anda perlu kenal pasti jenis pinjaman yang berkaitan dengan membeli tanah untuk tujuan membina rumah iaitu Pinjaman Jenis 4.

 

SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN JENIS 4

1.Tanah yang dibeli berstatus hakmilik individu sahaja.

2. Jika tanah mempunyai sekatan kepentingan, surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan.
3. Tanah yang telah bersedia untuk membina rumah.
4. Penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam bulan ke hadapan bagi kes hartanah telah digadai kepada bank.
5.Jumlah amaun kelayakan tidak melebihi 50 peratus daripada kelayakan semasa.

6. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 360 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.

7.Mempunyai Laporan Penilaian daripada JPPH.


TIPS PENTING SELEPAS  SELESAI MEMBELI TANAH DAN BERHASRAT MEMBINA RUMAH DI ATAS TERSEBUT



1. Jika anda berniat untuk membuat pinjaman bersama suami isteri untuk tujuan membina rumah di atas tanah yang dibeli, pastikan anda meletakkan nama isteri atau suami anda dalam geran hakmilik tanah tersebut bagi melayakkan anda membuat pinjaman bersama.

2. Menyediakan pelan rumah yang telah diluluskan oleh Majlis Tempatan. Biasanya pelukis geran akan meminta salinan geran yang tertera nama anda di dalamnya sebagai pemilik sebelum memulakan kerja melakar rumah anda.Caranya adalah  berhubung  dengan pejabat peguam untuk mendapatkan salinan geran tersebut sebaik sahaja nama anda telah didaftarkan sebagai pembeli.

3. Pastikan pelan tersebut dibuat dengan cermat dan mengambil kira semua aspek untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh menggangu kesempurnaan rumah anda.

4. Anda perlu bijak memilih tempoh bayaran balik pinjaman LPPSA tanah sebagai persediaan untuk anda membuat pinjaman membina rumah nannti. Pastikan anda mengira jumlah bayaran bulanan anda setiap untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah kewangan pada masa depan.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN PINJAMAN LPPSA UNTUK TUJUAN MEMBELI TANAH(BELI TANAH LOAN KERAJAAN)



1. WANG PENDAHULUAN

Anda tidak memerlukan wang pendahuluan untuk tujuan tempahan iaitu 3 peratus dan 7 peratus daripada harga tanah.Anda juga tidak perlu mengeluarkan wang untuk tujuan duti setem. Hal ini kerana semua kos tersebut boleh dimasukan ke dalam pinjaman tersebut.

2. MARGIN KEWANGAN

Jika pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) margin kewangan adalah 100% atau yang terendah daripada nilaian semasa harta atau kelayakan semasa.

3. KADAR PINJAMAN

Kadar pinjaman untuk membeli tanah adalah tetap 4 peratus.

4. TEMPOH PINJAMAN

Pinjaman pertama akan diberikan tempoh selama 35 tahun. Manakala untuk pinjaman kedua akan diberikan tempoh selama 30 tahun sahaja. Hal ini kerana tempoh pinjaman bergantung kepada usia pelabur terbabit, LPPSA menawarkan pakej pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun, manakala pinjaman bank hanyalah sehingga usia mencapai 75 tahun.

KESIMPULAN
Rancang keputusan anda dengan baik kerana ia memberi implikasi dan impak kepada kewangan anda dalam tempoh yang lama. Semoga panduan ini memberi gambaran awal kepada anda untuk membuat keputusan untuk membeli tanah menggunakan loan kerajaan.

 

ARTIKEL LAIN 

CARA TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH (PENJAWAT AWAM)

12 thoughts on “CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)”

  1. Assalamualaikum..saya ingin membeli tanah..boleh saya tahu berapa lamakah tempoh dijangka lppsa membuat bayaran kepada penjual tanah..ini kerana penjual biasanya memerlukan wang dengan kadar segera dan tak mahu tunggu lama. terima kasih tuan.

    Reply
  2. Assalammualaikum. tuan, saya ada dua soalan
    1)adakah lppsa meletakkan ketetapan keluasan tanah yang boleh dibeli?
    2)Bolehkah beli tanah leasehold?
    Mohon feedback drpd tuan

    Reply
  3. Assalamualaikum tn. Sy telah membeli rumah dgn loan kerajaan. Adakah sy masih boleh membuat loan lppsa untuk membeli tanah ? Dan adakah sy perlu menjelaskan terlebih dahulu loan rumah sebelum membuat loan utk membeli tanah ?

    Reply
  4. Assalamualaikum..saya ingin membeli tanah..boleh saya tahu berapa lamakah tempoh dijangka lppsa membuat bayaran kepada penjual tanah..ini kerana penjual biasanya memerlukan wang dengan kadar segera dan tak mahu tunggu lama. terima kasih tuan.

    Reply

Leave a Comment