CARA TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH ( Beli Guna LPPSA )

CARA TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH ( Beli Guna LPPSA )

TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH

Kita biasa dengar tentang elaun pindah rumah penjawat awam kerana bertukar tempat kerja, tetapi mungkin ada yang masih belum tahu bahawa kalau beli rumah melalui LPPSA, anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah. Dengan syarat, kita mendiami rumah tersebut dan tuntutan perlu dibuat tidak lewat dari 3 bulan dari tarikh berpindah.

Sedangkan kalau berpindah antara blok (kuarters) pun ada elaun juga ya (tertakluk syarat-syarat).

 

CARA TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH PENJAWAT AWAM 

KADAR TUNTUTAN

Kadar tuntutan yang boleh diterima berdasarkan lokasi dan status berkahwin seperti dalam jadual di bawah:

tnt pindah rumah

BORANG TUNTUTAN

Dalam pekeliling tersebut menyatakan, Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah tersebut mengikut keadaan-keadaan, syarat-syarat dan kadar-kadar berikut:

kadar tuntutan

KELAYAKAN PERMOHONAN 

  • Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu; atau
  • Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.

 

TEMPOH TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH 

Sekiranya anda membeli rumah melalui LPPSA,  tuntutan perlu dibuat tak lewat dari 3 bulan dari tarikh pindah ke rumah tersebut

 

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN ELAUN PINDAH RUMAH 

Syarat-syarat membuat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi perpindahan rumah adalah seperti berikut:

  • Tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B-2;
  • Tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut;
  • Perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang misalnya perpindahan rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Begitu juga, jika kemudahan pengangkutan barang-barang disediakan, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara tingkat dalam blok yang sama, pegawai tidak layak menuntut apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah tersebut;
  • seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit dengan perpindahan rumah tersebut jika kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan barang-barang disediakan; dan
  • Ttuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan rumah dilakukan.

Seterusnya bagi permohonan tuntutan elaun/bayaran di Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.2 M.S. 9/14 bawah perenggan 4.1.2 di atas, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa peruntukan di perenggan 3.2 (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1989 dipatuhi.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah (Lampiran B-2)
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (diakui sah)
  3. Salinan kad pengenalan pasangan (diakui sah)
  4. Salinan sijil nikah / surat pendaftaran perkahwinan (diakui sah – ini diperlukan kerana yang berkahwin dan bujang akan dibayar oleh Jabatan yang berlainan)
  5. Salinan surat kelulusan dari LPPSA (diakui sah)
  6. Salinan perjanjian jual beli S&P (diakui sah)
  7. Salinan Buku Bank

Untuk lebih info tentang Tuntutan Elaun Pindah Rumah Penjawat Awam, rujuk Pekeliling Perbendaharaan 4/1995 atau rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan (HR) & Kewangan di Jabatan masing-masing.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)

 

1 thought on “CARA TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH ( Beli Guna LPPSA )”

Leave a Comment