ePEMULA TNG (Cara Claim & Tebus Kredit RM200 Guna Touch n Go)
Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dan belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun , anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet melalui program ePemula menerusi pembentangan Bajet 2023 yang telah diumumkan.
Disini kami akan kongsikan cara penebusan melalui eWallet Touch n Go, semoga membantu.
APA ITU ePEMULA
ePemula adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2023 dan bertujuan untuk:
- Meringankan beban kewangan belia;
- Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
- Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
Nota: Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk bancar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran dan reward points (coins).
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ePEMULA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (TANPA HAD UMUR) di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Kementerian Sumber Manusia
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan
TARIKH PERMOHONAN ePEMULA
Permohon yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula sekali sahaja, bermula pada *Akan Dikemaskini
KADAR BAYARAN ePemula
Bayaran sebanyak RM2oo secara one-off ke dalam akaun e-wallet yang terlibat
DAFTAR DAN VERIFY eWALLET TNG
Sekiranya anda ingin membuat penebusan menggunakan eWallet TNG, pastikan anda daftar dan verify akan TNG anda terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Download dan install aplikasi TNG (Android / IOS)
- Buka aplikasi tersebut dan Tekan butang Sign Up
- Masukkan nombor telefon bimbit anda
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
- Tetapkan 6 digit PIN dan jawab soalan berkaitan sekuriti yang tertera
- Lengkapkapkan maklumat peribadi
- Tick pada Terms & Conditions
- Verify identiti anda menggunakan Kad Pengenalan
- Klik pada ikon Profile di bahagian atas sebelah kanan
- Klik pada Account Verification > Let’s Go untuk mulakan proses pengesahan
- Ambil gambar Kad Pengenalan bahagian depan dan belakang
- Ambil gambar selfie dan tekan Let’s Go
- Setelah lengkap semuanya, tekan butang Sign Up
- Tunggu dalam masa 48 jam untuk proses verifikasi selesai
CARA PENEBUSAN KREDIT ePEMULA TNG
Setelah proses veridy akaun anda selesai, berikut adalah merupakan cara penebusan:
- Buka aplikasi TNG
- Tekan banner ePemula di halaman hadapan TNG eWallet
- Tick Agree to Terms & Conditions
- Tekan Claim Now!
- Pastikan semua maklumat anda adalah betul
- Sila bersetuju dengan privacy clause yang dipaparkan
- Tekan Continue
- Anda akan dibawa ke laman rasmi ePemula
- Lengkapkan maklumat peribadi seperti dipinta
- Tekan Submit untuk hantar maklumat tersebut
- Pastikan submission anda berjaya dengan menekan butang Done
- Pastikan juga anda tekan butang OK, got it
- Selesai
CARA MENGGUNAKAN KREDIT ePEMULA TNG
Setelah proses penebusan anda berjaya, anda akan melihat sebanyak RM200 dalam ewallet Touch n Go anda. Anda boleh menggunakan kredit ini seperti berikut:
- Membuat pembayaran kedai runcit yang menerima kaedah transaksi eWallet TNG.
- Sebarang pembayaran luar talian yang menggunakan kaedah eWallet TNG
Walaubagaimanapun, anda tidak boleh mengeluarkan kredit tersebut dalam bentuk tunai ataupun transfer pada orang lain.
ARTIKEL LAIN
ePEMULA (Cara Tebus Program eWallet Belia RM200)
4 thoughts on “ePEMULA TNG (Cara Claim & Tebus Kredit RM200 Guna Touch n Go)”