ELAUN SARA HIDUP (ESH) MARA (Semak Kadar Baru & Tarikh Bayaran)

ELAUN SARA HIDUP (ESH) MARA (Semak Kadar Baru & Tarikh Bayaran)

ESH MARA

Kepada para pelajar pemohon pinjaman biasiswa mara, kini Kerajaan telah mengumumkan  Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dinaikkan untuk pelajar dalam dan luar negara. Disini kami akan kongsikan cara semakan kadar baharu dan tarikh bayaran, semoga membantu.

 

APA ITU MARA

MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan  bagi membangunkan golongan bumiputera dalam negara. Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman  pelajaran yang berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. . Bermula daripada peringkat persediaan Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi dalam negara ataupun luar negara tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA.

 

TUJUAN ELAUAN SARA HIDUP MARA DINAIKKAN

Berikut adalah merupakan tujuan ESH MARA dinaikkan:

  • Langkah ini adalah sebahagian daripada keperihatinan kerajaan dan MARA yang serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.
  • Kenaikan kadar ESH kepada pelajar dalam dan luar negara ini wajar selepas kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula.
  • Semakan semula ini adalah kerana peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.

 

SEMAKAN KADAR BAHARU ESH MARA

Berikut adalah merupakan kadar kenaikkan yang telah diumumkan iaitu:

  • Untuk pelajar dalam negara
    • Pelaksanaan kadar ESH baharu dinaikkan kadar minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan untuk bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.
  • Untuk pelajar luar negara
    • Pelaksanaan kadar ESH baharu dinaikkan kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.

 

SEMAKAN TARIKH BAYARAN ESH MARA

Berikut adalah merupakan  jadual bayaran duit ESH MARA:

  • Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) ESH MARA

Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?

  • Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.

  • Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.

  • Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

 

ARTIKEL LAIN

PERANTISISWA 2022 (Permohonan Online Bantuan Tablet Pelajar IPT)

1 thought on “ELAUN SARA HIDUP (ESH) MARA (Semak Kadar Baru & Tarikh Bayaran)”

Leave a Comment