eCONVERSION (Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA)

eCONVERSION (Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA)

eCONVERSION

Berita menggembirakan kepada peminjam MARA, kini anda boleh membuat permohonan pengurangan bayaran balik dengan menggunakan Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA secara atas talian yang dikenali eConversion. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan pengurangan balik, semoga membantu.

 

APA ITU eCONVENSION

eConversion merupakan Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA secara atas talian.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN eCONVERSION

Berikut adalah merupakan syarat untuk membuat permohonan pengurangan pinjaman MARA ini:

  1. Pelajar tamat/lulus pengajian;
    • di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
    • mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
  2. Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  3. Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain
  4. Tiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.
  5. Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).
  6. Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan. Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.
  7. Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan seperti berikut:

  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd (disahkan benar).
  • Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
  • Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

 

CARA PERMOHONAN eCONVERSION

Setelah anda sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA iaitu:

  1. Layari pautan Permohonan eConvension 
  2. Klik pada Log Masuk. Anda perlu login menggunakan Id dan Password yang telah didaftarkan di sistem E-Baki.
  3. Sebagai pengguna baru anda perlu memasukkan melengkapkan butiran peribadi dan butiran pelajaran
  4. Sekiranya anda klik pada status ‘bekerja’, anda perlu melengkapkan butiran pekerjaan
  5. Seterusnya anda perlu klik pada ‘upload dokumen’ untuk ke skrin seterusnya iaitu skrin upload pengguna. Anda perlu memuatnaik dokumen seperti skroll dan transkrip. Klik pada butang ‘Tutup’ jika proses muatnaik telah selesai.
  6. Pparan akan menunjukan butiran pelajaran yang telah lengkap.Klik butang ‘selesai’ untuk ke skrin seterusnya.
  7. Paparan penuh pengguna akan terpapar, anda perlu menyemak semua peringkat pengisian maklumat sama ada masih ada maklumat yang perlu dilengkapkan.
  8. Bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’. Anda perlu melengkapkan tarikh bayaran dan no rujukan/ no resit. Setelah selesai memuatnaik turun klik ‘tutup’.
  9. Permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak BKK. Pengguna boleh menyemak status dengan melihat icon ‘status
  10. Setelah status telah diterima, pengguna tidak boleh mengemaskini butiran pelajaran yang telah dihantar.
  11. Permohonan yang telah diterima untuk diproses akan dipaparkan. Permohonan tersebut boleh dicetak untuk rujukan pengguna.

NOTA: Kegagalan memohon seperti dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian, tuan / puan dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak MARA.

 

SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN eCONVERSION

 

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN eCONVERSION

Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) eCONVERSION

Sekiranya anda ingin merujuk soalan lazim mengenai pengurangan bayaran balik pinjaman MARA, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA, anda boleh merujuk pada website rasmi eConvension.

 

ARTIKEL LAIN

ELAUN SARA HIDUP (ESH) MARA (Semak Kadar Baru & Tarikh Bayaran)

Leave a Comment