PEACE OF MIND 4.0 (Perkhidmatan Runding Cara Pinjaman MARA)

PEACE OF MIND 4.0 (Perkhidmatan Runding Cara Pinjaman MARA)

PEACE OF MIND MARA

 

Kepada anda yang membuat pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA), kini MARA akan membantu para pemimjamnya  yang terlibat dengan menjalankan satu lagi siri perkhidmatan runding cara menerusi Peace of Mind 4.0.

Sebelum ini, program ini diwujudkan MARA bagi membantu peminjam terkesan akibat COVID-19 dalam aspek membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU PEACE OF MIND MARA

Peace of Mind merupakan salah satu inisiatif MARA melalui Bahagian Kawalan Kredit (BKK) untuk membantu peminjam Pinjaman Pelajaran MARA yang terkesandengan keadaan semasa. Secara tidak langsung, MARA turut membantu peminjam meringankan beban kredit dalam situasi mencabar ini dan membantu peminjam MARA dalam aspek runding cara bagi membayar semula balik pinjaman tersebut.

 

INISIATIF DITAWARKAN PEACE OF MIND MARA

Berikut adalah merupakan  beberapa inisiatif seperti berikut:

  • Moratorium / Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
  • Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
  • Alternatif Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Melalui e-Pengeluaran KWSP
  • Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (Conversion)

Nota: Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan

 

SYARAT KELAYAKAN PEACE OF MIND MARA

Berikut adlaah merupakan kriteria yang telah ditetapkan mengikut inisiatif yang ditawarkan iaitu:

InisiatifKriteria Peminjam
Moratorium
  • Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik atau tunggakan bayaran balik tidak melebihi enam (6) bulan semasa tarikh permohonan; DAN
  • Terkesan dengan pandemik COVID–19 dan PKP yang diumumkan oleh kerajaan
Penjadualan Semula
  • Peminjam Pinjaman Pelajaran MARA yang mempunyai tunggakan pinjaman pelajaran yang tinggi atau jadual bayaran balik bulanan yang tinggi semasa tarikh permohonan (tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan)
Bayaran Melalui E-Pengeluaran KWSP
  • Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik atau tunggakan bayaran balik tidak melebihi enam (6) bulan semasa tarikh permohonan; DAN
  • Terkesan dengan pandemik COVID–19 dan PKP yang diumumkan oleh kerajaan
Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA(Conversion)
  • Peminjam yang berjaya menamatkan pengajian sepertimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA (tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan)

 

TARIKH PROGRAM PEACE OF MIND 

Program ini dijalankan adalah pada 3 sehingga 8 Disember 2022.

 

LOKASI PROGRAM PEACE OF MIND 

Berikut adalah murpakan lokasi perkhidmatan program ini diadakan iaitu:

  • Lobi utama, Ibu Pejabat MARA
  • Pejabat MARA Negeri dan Daerah yang berhampiran.

 

PERKHIDMATAN RUNDING CARA PROGRAM PEACEOF MIND 

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan runding cara yang ditawarkan iaitu:

  • Pelepasan Senarai Hitam MARA.
  • Diskaun Pinjaman Pelajaran MARA (conversion).
  • Penjadualan dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran.
  • Penjadualan Semula Bayaran Balik dan Penstrukturan Semula Pembiayaan Perniagaan (R&P).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Program Peace Of Mind, anda boleh merujuk pada saluran berikut iaitu:

  • Hubungi 03-261 32147/32288/32399/32133/32131/32286
  • Website rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA): https://www.mara.gov.my/.

 

ARTIKEL LAIN

eCONVERSION (Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA)

12 thoughts on “PEACE OF MIND 4.0 (Perkhidmatan Runding Cara Pinjaman MARA)”

  1. Sypun ada mohon online to bila disemak status..permohonan tidak dijumpai, Cuba mohon sekali tapi tarikh dah tutup..pe hal ni!!,

    Reply
  2. bulan 4,5 dan 6 saya terima bantuan bkss tu..knapa bulan 7 tiada sehingga sekarang..mohon pencerahan dari pihak tuan/puan..

    Reply
  3. macam mana saya punya tu dari tarih 23.05.2020.samapai sekarang pun belum ada jawapan lagi.lulus ke tak saya pun tak tau.bila semak status dalam kemas kini.tapi ni dah bulan 10,sampai bila nak tunggu.mohon info.

    Reply

Leave a Comment