CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TEBUS BAUCER & MENANG HADIAH

CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TEBUS BAUCER & MENANG HADIAH

CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT

Kepada warga Selangor yang ingin mengira sendiri jumlah zakat perlu ditunaikan dengan lebih mudah dan tepat , kini Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) .Bagi pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat seterusnya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan, berpeluang menyertai peraduan “Jom Taksir Zakat” dan memenangi hadiah menarik.Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara taksir bayar Zakat, semoga membantu.

 

APA ITU TAKSIR ZAKAT

Taksir Zakat adalah setiap individu perlu mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing bagi tujuan taksiran zakat. Objektif diwujudkan Bulan Taksir Zakat adalah:

  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

 

JENIS ZAKAT HARTA

Berikut adalah merupakan zakat harta seperti :

  • Zakat Saham & Pelaburan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Simpanan

 

SYARAT KELAYAKAN KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT (BTZ)

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI warga kerja LZS.
  2. Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
    • Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:
      • Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor.
      • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
      • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
      • Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
      • Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
      • Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
    • Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
      • Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor.
      • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
      • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
      • Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

 

TEMPOH KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT (BTZ)

Kempen ini bermula pada 15 Jun 2022 hingga 31 Julai 2022

 

KEMPEN BTZ (TAKSIR ZAKAT & TEBUS BAUCER)

Sekiranya ingin membuat taksir zakat dan menebus baucer KFC, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat Turun aplikasi ZakatSelangor (Play Store atau App Store)
  2. Log Masuk ke akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu, hendaklah daftar akaun terlebih dahulu
  3. Kemudian klik pada fungsi Taksir
  4. Seterusnya buat taksiran mengikut jenis-jenis zakat harta anda dan kilk Simpan Taksir Zakat
  5. Anda akan dapat Baucar KFC Bernilai RM5
  6. Tebus baucer di cawangan LZS yang berdekatan dengan anda bererta bukti taksiran anda.

Nota: Selagi stok masih ada dan promasi ini mengikuti garis panduan syariah penganjur peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor.

 

HADIAH DITAWARKAN KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT (BTZ)

Sekiranya anda membuat pembayaran Zakat pada tempoh kempen BTZ, anda akan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti :

  • Yamaha Lagenda 115z F
  • Nintendo switch OLED
  • Smart Watch Garmin
  • Galaxy Tab AB

 

CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT

Sekiranya anda ingin membuat taksir dan bayar zakat, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat Turun aplikasi ZakatSelangor (Play Store atau App Store)
  2. Taksir Zakat anda
  3. Bayar dan simpan penyata zakat

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara taksir bayar zakat Lembaga Zakat Selangor, sila layari website rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan https://www.zakatselangor.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE GUNA SHOPEE

 

3 thoughts on “CARA TAKSIR BAYAR ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) TEBUS BAUCER & MENANG HADIAH”

Leave a Comment