e-REPORTING PDRM (Buat Repot Polis Online & Jenis Aduan)

e-REPORTING PDRM (Buat Repot Polis Online & Jenis Aduan)

e-REPORTING PDRM

Kepada orang ramai yang ingin membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah, kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu portal e-Reporting yang membolehkan pengadu membuat laporan secara online tanpa perlu hadir ke Balai Polis. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat laporan menerusi portal ini dan jenis aduan yang dibenarkan, semoga membantu.

 

APA ITU e-REPORTING PDRM

Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

 

KELAYAKKAN PENGGUNAAN e-REPORTING PDRM

Penggunaan sistem ini adalah terhad seperti berikut:

  • Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas
  • Pengguna perlu mendaftar dalam sistem ini
  • Boleh diakses pada setiap masa di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

 

JENIS LAPORAN e-REPORTING PDRM

Berikut adalah merupakan antara laporan polis yang boleh dibuat menerusi portal ini iaitu:

  1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
  2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.
  3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
  4. Hilang Telefon Bimbit.
  5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
  6. Hilang Cukai Jalan.
  7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
  8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

 

PERINGATAN PENTING SEMASA MEMBUAT LAPORAN e-REPORTING PDRM

Pastikan anda membuat laporan yang benar sahaja:

  • Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574). Memberi maklumat palsu.
    • Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
  • Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu.
    • Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.

 

CARA BUAT LAPORAN POLIS ONLINE

Sekiranya anda ingin membuat laporan polis secara online berkaitan dengan jenis laporan yang dibenarkan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari sistem e-reporting: https://ereporting.rmp.gov.my/
  2. Daftar dan log masuk sistem e-reporting
  3. Semak butiran pengadu
  4. Masukkan butiran kejadian
  5. Masukkan keterangan kejadian
  6. Hantar butiran repot ke ereporting PDRM
  7. Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel
  8. Bawa laporan polis ke agensi berkaitan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang permasalahan berkaitan sistem e-Reporting PDRM, anda boleh mengemukan emel kepada pihak Helpdesk IT PDRM: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER (Akaun/Lazada/Shopee/Whatsapp/BigPay)

2 thoughts on “e-REPORTING PDRM (Buat Repot Polis Online & Jenis Aduan)”

Leave a Comment