NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC): No Telefon Aduan 997
Terkini kepada mangsa penipuan siber seperti scammer atau sebagainya yang ingin membuat aduan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pusat panggilan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber. Disini kami akan kongsikan no talian aduan dan maklumat yang perlu diberikan, semoga membantu.
APA ITU NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
TALIAN HOTLINE NATIONAL NSRC
Berikut adalah merupakan talian Hotline NSRC:
- 997
WAKTU OPERASI NSRC
Berikut adalah merupakan waktu operasi NSRC:
- Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 8.00 malam – Setiap hari
Nota: Sekiranya berlaku selepas pukul 8.00 malam, mangsa penipuan siber boleh terus menghubungi talian bank masing-masing (operasi 24 jam)
MAKLUMAT DIPERLUKAN BAGI ADUAN SCAM NSRC
Pastikan anda mempunyai butiran maklumat insiden kejadian, maklumat komunikasi serta transaksi yang dilakukan seperti :-
- telefon yang menghubungi anda. Cara perhubungan sama ada panggilan telefon, panggilan whatsapp, SMS dll.
- Masa dan tarikh panggilan diterima.
- Maklumat akaun bank seperti nombor akaun bank dan nama pemilik akaun.
- Masa, tarikh dan amaun transaki yang dilakukan.
CARA HUBUNGI NSRC
Kepada anda yang merupakan mangsa penipuan siber yang ingin membuat aduan kepada NSRC, berikut adalah merupakan caranya:
- Hubungi talian 997
- Maklumkan kepada pegawai berkenaan tentang penipuan yang dilakukan oleh scammer tersebut
- Pegawai tersebut akan meminta anda untuk mengemukankan maklumat yang diperlukan
- Pastikan anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan bagi memudahkan urusan
- Tindakan akan diambil segera, kemungkinan wang anda masih boleh diselamatkan.
NOTA: Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan jadi mangsa scam!
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai National Scam Response Center (NSRC) ini, anda boleh melayari facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM
ARTIEKL BERKAITAN
3 thoughts on “NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC): No Telefon Aduan 997”