PENGALAMAN DITIPU SCAMMER (Akaun/Lazada/Shopee/Whatsapp/BigPay)

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER (Akaun/Lazada/Shopee/Whatsapp/BigPay)

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER

Pada masa kini kejadian penipuan atau scam ini sering berlaku dan amat meluas di serata dunia. Kebanyakkan scam ini terjadi melibatkan proses pembayaran secara bank-in atau transfer online banking.

Terkini scammer menggunakan platform perniagaan dan media sosial seperti Lazada, shopee, whatsap dan sebagainya. Disini kami akan kongsikan kepada anda pengalaman ditipu scammer menerusi platform ini, semoga membantu.

 

APA ITU SCAMMER

Scammer adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer. Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer.

Scam biasa berlaku keatas urusan yang melibatkan jual beli. Contohnya anda membeli dalam talian. Dimana anda perlu membayar terlebih dahulu untuk mendapatkan barang tersebut. Dengan janji manis barang akan sampai dalama masa 2 hari, anda akan yakin dengan penjual tersebut tanpa membuat usul periksa. Bila tempohnya telah sampai, barang yang anda beli itu tidak sampai-sampai. Biasanya scammer ini amat licik dan susah dikesan disebabkan teknik yang digunakan melibatkan Social Engineering.

 

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER BITCOIN

Boleh dikatakan sebenarnya hasil duit dari pelaburan Bitcoin tersebut seolah olah program berbentuk money game. Income yang terjana bukan hasil dari keuntungan trade jual beli Bitcoin. Tetapi dari yuran kemasukkan ahli ahli baru.

Katakan apabila sampai suatu hari nanti semakin kurang yang masuk menyertai program tersebut,  syarikat pelaburan Bitcoin tidak akan ada cukup duit untuk membayar peserta. Akibatnya bermulalah era syarikat mula lambat bayar profit. Syarikat menunda nunda pembayaran. Akhirnya hilang lesap tanpa di kesan. Kita sebagai pelabur mula tersedar yang kita telahpun ditipu scammer. Ketika ini, barulah kita tersedar yang program seperti ini adalah scam.

 

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER BIGPAY

Saya dapat panggilan telefon dari nombor telefon yang tidak dikenali. Katanya dari syarikat BigPay. Ya, saya memang ada dan pernah menggunakan kad debit BigPay. Ceritanya, mereka inginkan saya untuk membuat pengesahan kad debit tersebut. Mereka akan request nombor OTP semacam nomboo TAC ke dalam sistem. Kita akan dapat sms. Dan beritahu mereka nombor OTP/TAC tersebut.

Kalau anda biasa membuat transaksi perbanking online. Anda akan selalu diminta untuk mengisi TAC number untuk proses pengesahan. Dan nombor Tac ini memang tidak boleh diberi dan dikongsikan kepada sesiapa pun. Jadi kita tahulah yang mereka adalah scammer BigPay. Saya memang tidak memberikan nombor Tac tersebut kerana tahu ianya adalah rahsia. Kalau saya berikan, mereka mungkin boleh mengambil duit di dalam akaun kad Bigpay atau akses ke akaun online banking.

 

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER SHOPEE / LAZADA

Saya dihubungi seseorang melalui Whatsapp. Perbualan di dalam bahasa english. Dan beliau adalah seorang Chinese. Ajakkan beliau adalah peluang menjana pendapatan online dari website eCommerce seperti Lazada dan Shopee katanya. Saya tidak pasti bagaimana untuk buat duit dengan program tersebut. Saya tidak disuruh untuk menjual. Hanya melakukan transaksi pembelian menggunakan duit sendiri di website seakan akan Lazada/Shopee. Jika berjaya membuat pembelian, tunjuk bukti. Wang akan dikembalikan semula ke akaun bank berserta komisen.

Setiap kali buat pembelian barang akan disuruh membeli produk barangan yang semakin mahal. Bila 2-5 kali buat pembelian yang berbeza dan dapat komisen. Kita menjadi yakin yang mereka bukan scam pada awalnya. Sehinggalah ketika di mana mereka suruh membuat pembelian produk barangan yang lebih mahal tetapi dengan arahan yang mengelirukan. Akibatnya saya tersalah membuat pembelian dan mereka block akaun saya kerana dikatakan salah saya sendiri.

Jika saya mahu unblock semula akaun saya, saya diwajibkan membeli produk barangan yang lebih mahal. Jika berjaya membuat pembelian tersebut, barulah mereka pulangkan duit saya semula. Jika saya tidak mahu, saya perlu menunggu tempoh bertenang iaitu selama 30 hari sebelum boleh dapat refund. Saya memang tidak mahu meneruskan pembelian kerana sudah mula berasa yang mereka adalah Lazada dan Shopee scammer. Jadi saya tunggu sehingga 30 hari yang dijanjikan mereka. Apa yang terjadi selepas 30 hari? Nombor phone dan Whatsapp mereka tidak dapat diakses. Nampaknya saya sudah terkena tipu dengan scammer.

 

PENGALAMAN DITIPU SCAMMER WHATSAPP

Pengalaman saya scammer tu pakai nombor lain, tapi gambar whatsapp gambar saya, dia menyamar jadi saya, minta duit bantuan macam nak pinjam duit dekat kawan-kawan saya, adik saya.

Antara taktik scammer berkenaan adalah menggunakan alasan memerlukan wang kecemasan disebabkan ahli saudaranya masuk ke hospital.

Selepas beberapa hari, ada dua tiga orang rakan saya yang mesej saya, katanya saya minta pinjam duit atas dasar saudara saya masuk hospital, tapi sebenarnya saudara saya tiada yang masuk hospital

 

CARA BUAT ADUAN SCAMMER AKAUN MEDIA SOSIAL

Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun media sosial kepada balai polis berhampiran atau kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

CARA KELUARKAN DUIT ASB 2022 (Berapa Limit Di Pejabat Pos & Bank)

3 thoughts on “PENGALAMAN DITIPU SCAMMER (Akaun/Lazada/Shopee/Whatsapp/BigPay)”

Leave a Comment