PERMOHONAN JAWATAN KERJA KERAJAAN SPA SETIAP NEGERI

PERMOHONAN JAWATAN KERJA KERAJAAN SPA SETIAP NEGERI

SPA NEGERI

Kepada anda yang ingin berkhidmat sebagai penjawat awam, seharusnya anda membuat permohonan kerja kerajaan melalui sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Tetapi tahukan selain daripada Sistem permohonan SPA9 ini, anda juga boleh mohon tawaran kerja sektor perkhidmatan awam Negeri melalui laman-laman web permohonan SPA yang disediakan oleh negeri. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan SPA mengikut negeri anda, semoga membantu.

 

APA ITU SPA

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) merupakan merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Negeri

 

CARA PERMOHONAN SPA NEGERI

Berikut adalah senarai pautan bagi laman permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap negeri:

 

PANDUAN PENDAFTARAN SPA

Kepada anda yang baru pertama kali mengunakan sistem ini, semestinya anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran akaun. Ikuti sahaja langkah daftar SPA yang akan dijelaskan di bawah:

  1. Anda perlu membuka laman web rasmi SPA Negeri anda. Klik sahaja pada pautan di atas.
  2. Setelah anda membuka laman web tersebut anda perlu mencari Pendaftaran Pengguna.
  3. Klik pada Pendaftaran Pengguna untuk ke langkah berikutnya.
  4. Kemudian, anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
  5. Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
  6. Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
  7. Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju.
  8. Klik Daftar.

Setelah anda selesai daftar, anda boleh log masuk untuk membuat permohonan pilihan pekerjaan yang berkelayakan dengan anda

 

PANDUAN PERMOHONAN PEKERJAAN SPA 

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan pekerjaan dalam sistem SPA

  • Klik pada pautan SPA Negeri anda
  • Log masukkan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.
  • Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA (PSEE) TERKINI 2022

4 thoughts on “PERMOHONAN JAWATAN KERJA KERAJAAN SPA SETIAP NEGERI”

Leave a Comment