SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA (PSEE) TERKINI 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA (PSEE) TERKINI 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA

Kepada anda yang telah membuat permohonan pekerjaan melaui SPA9 dan telah menjalani peperiksaan kelayakan bagi jawatan yang dipohon, semestinya ingin membuat semakan keputusan peperiksaan SPA anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SPA9

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) merupakan penambah baikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i. SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan

 

SYARAT PENDAFTARAN SPA9

Berikuta dalah merupakan syarat kelayakan ditetapkan:

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
  2. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  4. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  5. SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Pemohon adalah dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.
  6. Pendaftaran & permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  7. Calon-calon yang telah mendaftarakan permohonan bagi jawatan berkaitan tidak perlu mendaftar semula. Hanya pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  8. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

 

CARA PERMOHONAN SPA9

Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan SPA, sila buat pendaftaran pekerjaan menerusi portal SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login

 

TEMPOH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (PSEE) SPA9

  • Seperti dimaklumkan oleh pihak SPA, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (PSEE) SPA9

Setelah anda menduduki peperiksaan, berikut adalah merupakan cara membuat semakan keputusan anda:

  1. Layari pautan Semakan Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (Psee)
  2. Senarai jawatan bagi keputusan peperiksaan akan tertera. Pilih jawatan yang anda hadiri peperiksaan tersebut dengan klik pada pautan jawatan berwarna biru.
  3. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan anda (tanpa dash)
  4. Keputusan peperiksaan anda akan terpapar samada Berjaya atau Tidak Berjaya.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SPA9

Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA9, kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?

  • Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik

Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

  • Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas

Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

  • Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semakan keputusan peperiksaan (PSEE) SPA9, sila layari website rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)

3 thoughts on “SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA (PSEE) TERKINI 2024”

Leave a Comment