PENGAMBILAN BOMBA 2023 (Semak Pangkat Gaji Jabatan Penyelamat & Malaysia)
Kepada individu yang ingin menyertai pengambilan bomba, terkini sesi pengambilan bagi tahun 2023 telah dibuka di di Jabatan Bomba dan Penyelamat di Seluruh Malaysia. Bagaimana cara membuat permohonan Bomba? Disini kami kongsikan mengenai pengambilan bomba dan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU BOMBA
Bomba merupakan sebuah badan organisasi yang bertanggungjawab dalam mencegah bencana alam. Badan organisasi ini dijalankan dan diuruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
SENARAI TUGAS BOMBA
Berikut merupakan senarai tugas Bomba secara amnya di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia iaitu:
- Mengawal, memerangi, memadamkan dan menghalang kebakaran.
- Melindungi nyawa dan harta benda ketika berlakunya kebakaran.
- Melakukan siasatan punca berlakunya kebakaran.
- Menjalankan operasi yang sewajarnya ketika berlaku kebakaran mengikut prosedur dan peraturan kebakaran.
- Melaksanakan khidmat kemanusiaan yang wajar ketika kebakaran berlaku.
Nota: Berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat 1988 (Akta 341), Seksyen 5(1) dan (2)
SYARAT KELAYAKAN PENGAMBILAN BOMBA
Kepada anda yang berminat untuk memohon haruslah memiliki kelayakan seperti berikut :-
- Warganera Malaysia;
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
KADAR GAJI BOMBA
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Bomba mengikut pangkat iaitu:.
KOD PANGKAT | JENIS PANGKAT | KADAR ANGGARAN GAJI BERSIH (RM) |
KB 54 | Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba | 4,526 – 5,318 |
KB 52 | Penolong Pesuruhjaya Bomba | 4,257 – 5,494 |
KB 48 | Penguasa Kanan Bomba I | 3,814 – 4,607 |
KB 44 | Penguasa Kanan Bomba II | 2,590 – 4,289 |
KB 41 | Penguasa Bomba | 1,480 – 3,417 |
KB 40 | Timbalan Penguasa Bomba I | 2,569 – 3,969 |
KB 38 | Timbalan Penguasa Bomba II | 2,401 – 3,551 |
KB 32 | Penolong Kanan Penguasa Bomba | 2,185 – 2,664 |
KB 29 | Penolong Penguasa Bomba | 1,189 – 2,433 |
KB 28 | Pegawai Bomba Tinggi I | 2,124 – 2,555 |
KB 26 | Pegawai Bomba Tinggi II | 1,925 – 2,612 |
KB 26 (KUP) | Pegawai Bomba Tinggi II (KUP) | 1,757 – 2,386 |
KB 24 | Pegawai Bomba Kanan I | 2,058 – 2,494 |
KB 24 (KUP) | Pegawai Bomba Kanan I (KUP) | 1,888 – 2,287 |
KB 22 | Pegawai Bomba Kanan II | 1,659 – 2,124 |
KB 22 (KUP) | Pegawai Bomba Kanan II (KUP) | 1,545 – 1,971 |
KB 19 | Pegawai Bomba | 917 – 1,836 |
TARIKH PERMOHONAN PENGAMBILAN BOMBA
Tiada tarikh tetap yang ditetapkan oleh Jabatan Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengambil ahli pasukan bomba yang baharu setiap tahun.
Permohonan jawatan kosong bomba 2023 baru akan dibuka jika berlaku kekosongan dalam jabatan tersebut. Walaubagaimanapun, permohonan boleh dibuat sepanjang masa menerusi portal Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
MUAT TURUN DOKUMEN BERKAITAN BOMBA
Anda boleh muat turun dokumen sebarang dokumen yang berkaitan DI SINI
CARA PERMOHONAN PENGAMBILAN BOMBA
Berikut adalah merupakan cara permohonan bagi yang berminat untuk menyertai iaitu:
- Layari portal SPA9: https://spa.gov.my
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah mendaftar terlebih dahulu
- Pada bahagian Maklumat Pemohon, klik pada jawatan Dimohon
- Kemudian klik pada tahap pendidikan anda miliki
- Pada pilihan Senarai Jawatan, pilih jawatan berkaitan Bomba
- Isi maklumat peribadi pemohon dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Setelah lengkap, klik pada hantar borang permohonan.
TARIKH TEMUDUGA PENGAMBILAN BOMBA
Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui email dan portal SPA9
TARIKH TEMU DUGA UJIAN FIZIKAL PENGAMBILAN BOMBA
Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui email dan portal SPA9
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan Bomba, anda boleh layari website rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di pautan https://www.bomba.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPA (PSEE) TERKINI 2023
- RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)
CARA LETAK PALANG DOKUMEN ONLINE (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)