RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)

RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)

RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)

Terlupa kata laluan SPA9? Panduan buat anda yang ingin mendapatkan kembali kata laluan di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk makluman, permohonan jawatan SPA9 boleh dilakukan sepanjang masa tetapi tempoh sah hanya satu tahun untuk membolehkan permohonan masih aktif.

Bagaimana cara untuk Reset Semula Kata Laluan SPA9 Online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib.

SPA bukan sahaja satu portal yang menjurus kepada alam pekerjaan semata-mata malah turut menyediakan satu latihan bertaraf diploma iaitu kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan seangkatan dengannya.

 

CARA RESET SEMULA KATA LALUAN SPA9 ONLINE

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang set semula kata laluan sistem SPA9 termasuk memaparkan cara pendaftaran :

  1. Layari pautan rasmi SP: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Kemudian, klik pada butang ‘Lupa Kata Laluan’.
  3. Anda ke laman web https://spa9.spa.gov.my/terlupa-kata-laluan
  4. Lengkapkan ‘Maklumat Asas’, ‘Maklumat Keselamatan’ dan ‘Maklumat Kata Laluan Baharu’.
  5. Masukkan kod keselamatan dan klik pada butang ‘Hantar’.

 

NOTA: Bagi tujuan set semula kata laluan, anda dikehendaki memastikan jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat atau maklumat alamat adalah seperti pada kad pengenalan.

 

SOALAN LAZIM

 

Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam SPA9?

Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: [email protected]

Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?

Tidak. Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.

Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?

Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya. Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.

 

MALUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai reset kata laluan spa9, anda boleh layari web rasmi SPA di pautan www.spa.gov.my

ARTIKEL LAIN

CARA LETAK PALANG DOKUMEN ONLINE (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)

TEMUDUGA ONLINE SPA: 9 TIPS PENTING BUAT PERSEDIAAN AWAL TEMUDUGA ONLINE

2 thoughts on “RESET KATA LALUAN SPA9 (JIKA TERLUPA PASSWORD UNTUK LOG MASUK)”

Leave a Comment