CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)

CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)

CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)

Sekiranya anda diperlukan untuk memuat naik dokumen-dokumen tertentu secara dalam talian misalnya salinan kad pengenalan, semestinya anda ingin palangkan salinan dokumen anda untuk elak di salah guna.

Bagaima cara untuk membuat palang pada salinan dokumen penting? Di sini kami kongsikan cara mudah palang dokumen anda menggunakan telefon. Cara ini tidak terhad untuk kad pengenalan sahaja, malahan apa-apa sahaja dokumen dalam bentuk gambar yang ingin anda ingin diletakkan palang, semoga membantu.

 

MUAT TURUN APLIKASI

Sebelum anda ingin menghantar dokumen anda secara talian, anda dikehendaki memuat turun Aplikasi Scanner dan Aplikasi Snapseed terlebih dahulu. Disini kami kongsikan aplikasi yang bersesuai tanpa banyak iklan dan mudah digunakan.

CARA LETAK PALANG DOKUMEN

Berikut adalah merupakan cara untuk letak palang pada salinan dokumen penting sebelum dimuatnaik:

  1. Imbas kad pengenalan
    • Imbas kad pengenalan dahulu menggunakan aplikasi yang scanner anda download tadi.
    • Semasa mengambil gambar, anda tidak perlu jajarkan kamera untuk berseranjang dengan kad pengenalan kerana sudut pandang gambar boleh disunting selepas gambar diambil. Cukup sekadar semua kad pengenalan mengisi framing gambar.
    • Suntingkan gambar anda di dalam aplikasi scanner dengan menyunting kedudukan 4 penjuru dokumen. Di sinilah anda boleh perbetulkan sudut gambar dokumen.
    • Seteleh selesai memproses salinan kad pengenalan anda, tekan butang Save dan di halaman seterusnya, cari butang Share. Dalam pilihan yang ada, tekan pilihan Save image to gallery.
  2. Letak palang pada salinan dokumen
    • Buka aplikasi Snapseed anda
    • Pilih gambar dokumen yang anda simpan tadi.
    • Tekan bahagian Tools, anda akan sediakan dengan pelbagai peralatan menyunting. Cari peralatan bernama Text.
    • Pilih gaya palang yang anda inginkan, disini kami syorkan L2 kerana teksnya tebal dan nampak lebih formal.
    • Double tap teks palang untuk menyunting teks.
    • Tuliskan tujuan salinan dokumen anda ini.
    • Seletah selesai tekan tick. Kemudian pilih warna apa yang diinginkan untuk palang dan yang terakhir tahap ketelapan warna.
    • Untuk simpan, tekan butang Export dan tekan Save.
    • Satu salinan dokumen yang berpalang akan berada dalam folder Snapseed.
    • Selesai

 

TIPS PALANG SALINAN KAD PENGENALAN

Bagi menggelakkan dokumen disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab, anda disarankan untuk membuat Palang Dua (2) Garisan Lurus pada dokumen dengan menulis tujuan atau atas urusan apa dokumen tersebut digunakan. Contoh:

palang ic

 

ARTIKEL LAIN

Tips TEMUDUGA ONLINE SPA (Temuduga Online)

 

4 thoughts on “CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)”

Leave a Comment