CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA KIOSK JPJ

CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA KIOSK JPJ

KIOSK JPJ

Seandainya berlaku situasi yang tidak diingini seperti kecuaian, kebakaran atau bencana alam seperti banjir yang menyebabkan geran kenderaan anda rosak atau hilang mungkin akan sedikit menyulitkan keadaan.

Sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan geran yang baru. Di sini kami akan kongsikan caranya dengan menggunakan Kiosk JPJ, semoga membantu.

 

APA ITU GERAN KENDERAAN?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan transformasi jabatannya, memperkenalkan sijil pemilikan kenderaan (VOC) untuk menggantikan sijil pendaftaran kenderaan (RC)

Secara amnya, geran kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) boleh dianggap sebagai kad pengenalan untuk kereta. Oleh itu, kehilangan atau kerosakan geran kereta atau motosikal boleh menjadi sedikit memeningkan buat sesetengah pemilik kenderaan.

 

SENARAI LOKASI KIOSK JPJ

Untuk memudahkan urusan anda untuk dapatkan geran baru kenderaan anda di Kiosk JPJ, anda boleh merujuk pautan di bawah untuk mengetahui lokasi Kiosk yang berhampiran anda:

 

CARA DAPATKAN GERAN KENDERAAN DI KIOSK JPJ

Dengan pembaharuan teknologi masa kini, mesin KIOSK telah direka bagi memudahkan urusan masyarakat untuk dapatkan geran kenderaan baru. Berikut adalah merupakan cara dapatkan geran menggunakan mesin Kiosk:

  1. Masukkan kad pengenalan anda pada mesin kiosk tersebut
  2. Anda akan diminta untuk melakukan imbasan cap jari kanan
  3. Seterusnya skrin mesin kiosk akan dipaparkan pelbagai pilihan, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan
  4. Anda akan melihat maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan
  5. Seterusnya, anda perlu memasukkan kad debit bagi melakukan pembayaran dan tekan nombor PIN anda
  6. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) untuk setiap transaksi yang berjaya;
  7. Pilih cetakan resit (jika perlu).

 

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KIOSK JPJ

Selain daripada mendapatkan geran baru, terdapat urusniaga lain yang boleh dilakukan di kiosk JPJ antaranya adalah :

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Pembayaran Saman
  • Cetakan LKM – (Persendirian)
  • Pertanyaan Maklumat Lesen ,Kenderaan dan Insuran Kenderaan
  • Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan – VOC (Salinan)

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang geran kereta motor hilang rosak, sila layari Portal JPJ Malaysia untuk maklumat lanjut. Semoga perkongsian ini memudahkan urusan anda!

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA mySIKAP JPJ (Pendaftaran & Login Kali Pertama)

2 thoughts on “CARA DAPATKAN GERAN BARU GUNA KIOSK JPJ”

Leave a Comment