CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK MUAMALAT (Penyata Kewangan)
Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Muamalat dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download statement Bank Muamalat, semoga membantu.
APA ITU BANK STATEMENT
Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.
Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.
KAEDAH DAPATKAN PENYATA BANK MUAMALAT
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Bank Muamalat iaitu:
- i-Muamalat
- ATM
- Cawangan
CARA DAPATKAN PENYATA BANK MUAMALAT GUNA ONLINE BANKING
Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Log masuk i-Muamalat anda
- Klik My Accounts > Accounts Summary
- Klik pada bahagian Nombor Account (Account Number) / Current Account
- Sistem akan keluarkan detail akaun anda
- Klik Transaction History
- Pada bahagian View Transaction For, anda perlu pilih tempoh transaksi yang anda inginkan dan klik Submit
- Sejarah Transaksi yang Anda pilih akan dipaparkan
- Klik Print untuk cetak sejarah transaksi
CARA DAPATKAN PENYATA BANK MUAMALAT GUNA ATM
Untuk dapatkan penyata mini anda boleh dapatkan di ATM. Penyata mini hanya menyediakan sebahagian transaksi sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata mini di ATM:
- Kunjungi cawangan ATM Bank Muamalat berhampiran anda
- Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
- Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
- Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
- Tekan Lain-lain Urusniaga / Others
- Tekan Khidmata Penyata/ Statement Bank
- Tekan Penyata Mini
- Seterusnya klik Cetak. Ambil penyata mini tersebut
CARA DAPATKAN PENYATA BANK MUAMALAT DI CAWANGAN
Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter, berikut adalah merupakan caranya:
- Kunjungi cawangan Bank Muamalat berhampiran anda
- Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
- Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
- Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.
Nota: Caj sebanyak RM1.00 bagi setiap muka surat akan dikenakan bagi permohonan penyata tersebut.
SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN BANK MUAMALAT
Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?
- Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)
Adakah muat turun penyata ini selamat?
- Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?
- Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
- Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai penyata akaun Bank Muamalat, anda boleh merujuk:
- Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500
ARTIKEL LAIN
i-MUAMALAT: Cara Daftar Login Online Banking (No Customer Service 24 Hours)
3 thoughts on “PENYATA BANK MUAMALAT CARA DAPATKAN STATEMENT”