CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BSN (Penyata Kewangan)
Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata Bank Muamalat, semoga membantu.
APA ITU BANK STATEMENT
Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.
Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.
KAEDAH DAPATKAN PENYATA BANK BSN
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Bank Muamalat iaitu:
- MyBSN
- ATM
- Cawangan
CARA DAPATKAN PENYATA BANK BSN GUNA ONLINE BANKING
Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Log masuk ke web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
- Pada menu utama Klik Account Overview
- Seterusnya klik E-Statement > Account Name > Transaction History
- Sejarah Transaksi yang Anda pilih akan dipaparkan
- Klik Print untuk cetak sejarah transaksi
CARA DAPATKAN PENYATA BANK BSN MELALUI EMAIL
Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata melalui email:
- Tapi SMS seperti yang berikut:
- STMT<jarak>No.KP<jarak>alamat emel
- Contoh: STMT 520475089945 [email protected]
- Hantar ke 66300
- Anda akan menerima penyata kewangan melalui email anda
- Anda boleh muat turun penyata tersebut dan dicetak.
CARA DAPATKAN PENYATA BANK BSN DI ATM
Untuk dapatkan penyata mini anda boleh dapatkan di ATM. Penyata mini hanya menyediakan sebahagian transaksi sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata mini di ATM:
- Kunjungi cawangan ATM BSN berhampiran anda
- Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
- Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
- Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
- Pilih Khidmat Penyata > Penyata Mini
- Seterusnya klik Cetak. Ambil penyata mini tersebut
CARA DAPATKAN PENYATA BANK BSN DI CAWANGAN
Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter BSN, berikut adalah merupakan caranya:
- Kunjungi cawangan BSN berhampiran anda
- Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
- Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
- Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Statement akaun BSN, anda boleh merujuk:
- Customer Care BSN yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: 1-300-88-1900
ARTIKEL LAIN
CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK MUAMALAT (Penyata Kewangan)