SEMAKAN DIVIDEN KWSP (CARA SEMAKAN GUNA i-AKAUN)
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen. Jika anda ingin mengetahui berapakah amaun dividen yang dikreditkan ke dalam akaun anda, anda boleh semak mengunakan perkhidmatan yang dipanggil sebagai i-Akaun. Sekianya anda sudahpun mempunyai akaun i-Akaun, boleh terus login untuk membuat semakan penyata akaun tahunan anda termasuk nilai dividen yang dimasukkan.
APAKAH DIVIDEN KWSP
Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.
KADAR DIVIDEN TAHUN KEWANGAN 2022
Dividen KWSP telahpun diumumkan kepada semua pencaruman, iaitu sebanyak 5.35% bagi simpanan konvensional dan 4.75% bagi simpanan syariah.
APPS I-AKAUN KWSP
Anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Akuan bagi Android dan iOS.
SEMAKAN DIVIDEN KWSP: LOGIN i-AKAUN KWSP ONLINE
- Masuk ke dalam i AKaun, klik https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pergi kepada ikon Login
- Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik View Details di bahagian menu Dividend
- Perincian Dividen tahun 2021 akan dipaparkan
TARIKH PENGKREDITAN DIVIDEN KWSP
Dividen KWSP ini dikreditkan ke akaun mulai 4 Mac 2023.
SOALAN LAZIM (FAQ) DIVIDEN KWSP
Berapakah dividen KWSP tahun 2021?
- Sebanyak 5.35% konvensional dan 4.75 bagi shariah.
Bagaimana cara login ke dalam i Akaun KWSP?
- Melalui pautan di web atau boleh juga dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang terdapat pada iOS dan Android.
Bilakah dividen diumumkan?
- Pada suku pertama tahunan setiap tahun.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan dividen KWSP, sila layari website rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
ARTIKEL LAIN
I-AKAUN KWSP DISEKAT:(Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)
CARA DAFTAR i-SARAAN KWSP (CARUMAN TAMBAHAN RM250)
2 thoughts on “SEMAKAN DIVIDEN KWSP (CARA SEMAKAN GUNA i-AKAUN)”