I-AKAUN KWSP DISEKAT(Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP.
Tetapi bagaimana sekiranya akaun anda disekat? Di sini kami akan kongsikan bagaimana sekiranya akaun anda disekat disebabkan terlupa kata laluan.
APA ITU I-AKAUN?
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer
MUAT TURUN APLIKASI I-AKUAN KWSP
Sekarang anda boleh memuat turun (download) aplikasi i-akaun dalam hanphone anda bagi memudahkan urusan. Berikut adalah pautan muat turun aplikasi:
- Bagi pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.epf.main&hl=en
- Bagi pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/epf-i-akaun/id915682756?l=en
CARA DAFTAR I-AKAUN
Anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP. Anda dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diterima selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari. Berikut adalah cara daftar i-Akaun.
- Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Layari pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pada menu utama pilih Ahli > Pendaftaran > Daftar & Aktif I-Akaun > Aktifkan I-Akaun
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan . Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna. ID Pengguna boleh dipinda sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
- Sila cipta kata laluan yang baharu dan masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan
- Pilih Imej Online yang anda ingin
- Sila isi Frasa Rahsia anda kemudian klik Seterusnya
- Akan terpapar skrin pengaktifan berjaya. Ahli boleh terus login ke i-Akaun anda
LUPA KATA LALUAN I-AKAUN KWSP (sekiranya akaun disekat)
Sekiranya anda terlupa kata laluan i-akaun KWSP, berikut adalah cara untuk reset kembali kata lalauan anda:
- Layari Laman Web KWSP: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/forgot?
- Pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
- Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
- Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
- Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor
- Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar
- Selesai.
SOALAN LAZIM
Apakah kelayakan untuk mendaftar i-Akaun?
Untuk ahli warganegara, mestilah mempunyai No.ID Ahli dan mempunyai nombor KWSP yang sah.
Untuk ahli bukan warganegara, mestilah mempunyai paspot yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah.
Bolehkah saya menukar ID Pengguna?
Tidak, anda tidak boleh menukar ID Pengguna. ID Pengguna adalah unik dan digunakan untuk mengenal pasti anda sebagai ahli i-Akaun.
Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi laman web KWSP?
KWSP sudah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan sistem i-Akaun dan maklumat ahli dikawal sulit, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Antara langkah keselamatan yang dilaksanakan ialah piawaian penyulitan data 128-bit, penegasan bagi kombinasi huruf dan nombor dalam penggunaan kata laluan serta pengambilan/penjanaan Kod Pengaktifan secara terus oleh pemohon di Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi KWSP.
ARTIKEL LAIN
LUPA NO KWSP: CARA DAPATKAN SEMULA EPF NUMBER(Check Online)
CARA DAFTAR i-SARAAN KWSP (CARUMAN TAMBAHAN RM250)
3 thoughts on “I-AKAUN KWSP DISEKAT(Macam Mana Nak Login Kalau Kena Sekat?)”