CARA DAPATKAN BANK STATEMENT HONG LEONG (Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT HONG LEONG (Penyata Kewangan)

PENYATA BANK HONG LEONG

Sekiranya anda pelanggan kepada Hong Leong Bank dan ingin mendapatkan statement akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata Bank Muamalat, semoga membantu.

 

APA ITU BANK STATEMENT

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

 

KAEDAH DAPATKAN STATEMENT BANK HONG LEONG

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Hong Leong Bank iaitu:

  • HLB Connect
  • Email
  • Cawangan

CARA DAPATKAN PENYATA BANK HONG LEONG GUNA ONLINE BANKING

Hong Leong Bank (HLB) menyediakan statement bank kertas dan elektronik (e-Penyata) yang boleh Anda dapatkan secara percuma. e-Penyata adalah versi elektronik penyata akaun dalam bentuk file PDF. Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Log masuk https://www.hongleongconnect.my
  2. Pilih menu Statement/Invoice
  3. Klik Online Statement
  4. Lihat pada akaun yang anda gunakan untuk kegunaan harian sama ada Savings atau Current Account.
  5. Pilih Download Statement untuk muat turun penyata bank terbaru
  6. Apabila Anda ingin tukar tempoh penyata bank, Anda boleh tekan pada anak panah kecil lalu pilih View History
  7. Selepas itu, Anda akan dibawa ke laman penyata dengan tempoh waktu yang Anda mahukan, sila klik Download untuk muat turun penyata.
  8. Sejarah Transaksi yang Anda pilih akan dipaparkan
  9. Klik Print untuk cetak sejarah transaksi

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK HONG LEONG MELALUI EMAIL

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata melalui email:

  1. Log masuk https://www.hongleongconnect.my
  2. Klik Statement/Invoice
  3. Pilih Email Subscription
  4. Pilih Statement Subscription
  5. Sila check atau beri tanda email subscription

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK HONG LEONG DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin mendapatkan statement di kaunter Bank Hong Leong, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan Bank Hong Leong berhampiran anda
  2. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
  4. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai statement akaun Bank Hong Leong, anda boleh merujuk:

  • Customer Care Bank Hong Leong yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-7626 8899

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK MUAMALAT (Penyata Kewangan)

2 thoughts on “CARA DAPATKAN BANK STATEMENT HONG LEONG (Penyata Kewangan)”

Leave a Comment