PERMOHONAN MySTEP 2024(Semak Kekosongan)

Kerajaan telah memperuntukkan rm700 juta bagi program Short Term Employment Program yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.Jika berminat anda boleh buat permohonan MyStep.

APA ITU MySTEP?

  • Ianya adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia bagi satu jangka masa pendek.

 


SENARAI KEMENTERIAN DAN GLC TERLIBAT PROGRAM MySTEP


Klik pada pautan berikut untuk melihat senarai kementerian dan GLC yang terlibat:




SYARAT KELAYAKAN MySTEP


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
























Sektor Awam



GLC / Rakan Strategik



Warganegara Malaysia



18 tahun ke atas



Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas



Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas



Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing



Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/rakan strategik masing-masing



 


PENEMPATAN PEKERJAAN PERMOHONAN MySTEP



  1. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

    • Penempatan di Sektor Awam

    • Penempatan di GLC dan rakan strategik



  2. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

  3. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.

  4. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

  5. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik


 


TEMPOH PERKHIDMATAN MySTEP


Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:



  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan

  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023 (untuk Sektor Awam sahaja)


 


SKOP KERJA MySTEP


Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan dan Agensi / GLC / rakan strategik.


 


KADAR UPAH / BAYARAN MySTEP


Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.































Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik



Sektor Awam​ Kadar (RM)



GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)



Setaraf Ijazah Sarjana Muda



2,000



2,000



Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia



1,800



1,800



Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)



1,600



1,600



Tiada Sijil Pelajaran Malaysia



1,400





*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.


 


KEMUDAHAN MySTEP


Kemudahan yang diberikan kepada personel My STEP adalah:


























Jenis Kemudahan



Sektor Awam



GLC / Rakan Strategik



Cuti Rehat



12 hari setahun



Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing



Cuti Sakit



14 hari setahun



Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing



Perlindungan Sosial



Caruman KWSP dan PERKESO



Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan


 



 


CARA PERMOHONAN MySTEP 2024


Bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.


Untuk melihat senarai kekosongan, sila layari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.


Anda akan mendapati pelbagai tawaran kekosongan jawatan terkini seperti dalam paparan di bawah.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MySTEP

Siapa yang layak untuk memohon MyStep?

  • Terbuka hanya kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan sahaja.

Tarikh pelaksanaan program MyStep?

  • Program ini hanya akan bermula mulai tahun 2022

Faedah daripada program MyStep?

  • Mengatasi masalah pengangguran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan akibat daripada pandemic COVID19 yang melanda dunia. Program ini dapat membantu individu yang baru hilang pekerjaan mahupun “fresh graduate” yang baru ingin mencari pekerjaan.
  • Pihak CUEPACS juga mencadangkan agar keutamaan dalam program ini diberikan kepada. Pekerja kontrak yang telah diberhentikan di jabatan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Seranta Felda dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN PERMOHONAN MySTEP

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal laman web Kementerian Sumber Manusia di sini: https://www.mohr.gov.my/index.php/en

Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mesti mengambil peluang sebaik sahaja program ini dibuka kepada orang ramai. Jangan terlepas peluang ini. Maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

 

ARTIKEL LAIN

TEMUDUGA ONLINE SPA (Tips & Cara Mudah Lulus)

CARA LETAK PALANG DOKUMEN (Salinan MyKad/Sijil/Lain-lain)

 

1 thought on “PERMOHONAN MySTEP 2024(Semak Kekosongan)”

Leave a Comment