CARA BUAT SARINGAN KESIHATAN PERCUMA(Guna PEKA B40)

CARA BUAT SARINGAN KESIHATAN PERCUMA(Guna PEKA B40)

PEKA B40

Skim bantuan kesihatan yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan salah sebuah program bantuan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu menanggung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (Peka B40).

Golongan berpendapatan rendah berusia 40 tahun ke atas yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh mendapatkan saringan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40.

 

APA ITU PEKA B40?

Inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas. Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan

 

MANFAAT SKIM PEKA B40

Penerima PeKa B40 boleh mendapatkan beberapa jenis manfaat daripada skim ini seperti berikut:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan

Penerima haruslah menjalani Saringan Pemeriksaan Kesihatan (Manfaat 1) bagi membolehkan diri layak untuk mendapat manfaat Bantuan Alatan Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3) serta Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan ini boleh dibuat oleh doktor-doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 (senarai akan dikeluarkan sekitar April 2019)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan meliputi:

  1. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu serta keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  2. Saringan kesihatan mental
  3. Pemeriksaan fizikal
  4. Pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki dan pemeriksaan payudara untuk penerima wanita yang berisiko
  5. Ujian air kencing dan ujian darah

Spesimen air kencing dan darah akan diambil dan dihantar ke makmal bagi ujian air kencing, ujian fungsi buah pinggang, ujian paras kolesterol, ujian kawalan gula darah dan ujian sel darah

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa bagi menjalani ujian-ujian berkenaan

Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk saringan pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini

Jika penerima perlu mendapatkan rawatan, boleh rujuk kepada Klinik Kesihatan atau sekiranya penerima sendiri bersetuju dirawat di Klinik Swasta (kos rawatan ditanggung penerima sendiri) bolehlah berbuat demikian. Sehingga kini, kos rawatan atau ubat belum termasuk dalam bantuan skim PeKa B40

Manfaat 2 : Bantuan Alatan Perubatan

Manfaat  ini merupakan bantuan alatan perubatan yang diperlukan dalam rawatan atau prosedur yang tidak mendapat subsidi kos alat di hospital-hospital KKM

Bantuan mempunyai had maksimum seumur hidup sebanyak RM20,000 (dalam bentuk alatan perubatan yang dibelikan). Alatan perubatan merangkumi kategori berikut:

  1. Stent bagi jantung
  2. Alat sendi tiruan
  3. Alat bantuan pendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implan bagi tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi penafasan dan oxygen concentrator
  9. Bantuan sokongan nutrisi
  10. Kerusi Roda

Sebelum penerima PeKa B40 mendapat manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan terlebih dahulu

Manfaat ini hanya boleh didapati oleh penerima PeKa B40 yang menerima rawatan di hospital KKM sahaja (permohonan perlu dibuat oleh pakar-pakar perubatan KKM untuk pihak pesakit atau penerima PeKa B40)

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Manfaat ini dikhususkan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama sekali pesakit peringkat awal rawatan / permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan dahulu sebelum penerima PeKa B40 layak mendapat manfaat ini

Manfaat melibatkan pembayaran insentif RM1,000 kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM

Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan pesakit

Pembayaran insentif akan dibuat secara terus ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

Doktor atau pakar perubatan KKM perlu membuat permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 bagi pihat pesakit (penerima PeKa B40)

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan

Manfaat ini diberikan dengan tujuan meringankan beban pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital KK dan perlu membayar kos pengangkutan yang tinggi (tetapi tidak merangkumi kesuluruhan kos perjalanan)

Manfaat 4 ini hanya layak diterima oleh penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja

Manfaat ini mempunyai had maksimum bantuan yang boleh diterima mengikut kawasan iaitu:

  • Semenanjung Malaysia : RM500
  • Sabah / Sarawak / Labuan : RM1,000

Jarak antara hospital dan rumah pesakit (penerima PeKaB40) akan menentukan jumlah insentif tambang yang akan diberikan mengikut kadar yag telah ditetapkan

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada akaun bank penerima PeKaB40 yang telah pun didaftarkan

 

PROSES MENDAPATKAN MANFAAT SKIM PEKA B40

Sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan manfaat PeKaB40

Langkah Pertama

Langkah Kedua

  • Sekiranya layak, sila kunjungi klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 dengan membawa kad pengenalan

Langkah Ketiga

  • Saringan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa kunjungan pertama penerima PeKaB40 ke klinik
  • Kos saringan pemeriksaan kesihatan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan

Langkah Keempat

  • Kunjungan kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada perlu merujuk ke Fasiliti KKM atau program Sihat Cergas KKM

 

SENARAI KLINIK PEKA B40

Sila rujuk senarai klinik di bawah skim PeKaB40 melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada pautan di bawah atau hubungi butiran berkenaan serta layari laman web rasmi PeKaB40 seperti berikut:

  • Telefon : +603 86872500
  • Emel : [email protected]
  • Alamat : F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000, Cyberjaya, Selangor

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN MySALAM (Skim Bantuan Takaful Online)

3 thoughts on “CARA BUAT SARINGAN KESIHATAN PERCUMA(Guna PEKA B40)”

Leave a Comment