SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM (Check Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 & 4)
Kepada pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2023. kini permohonan tawaran boleh disemak secara berperingkat. Permohonan semakan boleh dibuat secara online, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
KRITERIA KEMASUKAN MRSM
Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mengambil kira 2 kriteria berikut:
- lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
- merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.
PROGRAM YANG DITAWARKAN MRSM
MRSM menawarkan enam program iaitu
- MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
- MRSM Ulul Albab
- MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
- MRSM Premier
- MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM 2023
Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2023 boleh disemak mulai 7 Mac 2023.
Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM SESI 2023
Cara membuat semakan keputusan MRSMsesi 2022 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
- Semakan MRSM Tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
- Semakan MRSM Tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
- Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
- Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
- Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
RAYUAN KEMASUKAN MRSM SESI 2023
Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka bermula pada 7 hingga 14 Mac 2023 secara dalam talian.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan anda, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
ARTIKEL LAIN
SEMAKAN RAYUAN MRSM (TARIKH KEPUTUSAN RAYUAN)
1 thought on “SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM 2023(Check Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 & 4)”