Platform MyFutureJobs merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang masih sedang mencari kerja. Antara golongan yang boleh mohon melalui MyFutureJobs ialah para graduan, penganggur, pesara dan pelajar lepasan sekolah. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan login MyFutureJobs dan membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MyFUTUREJOBS
MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
CARA DAFTAR PORTAL MyFUTUREJOBS
Anda perlu register terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan MyFutureJobs. Berikut merupakan cara daftar MyFutureJobs seperti di bawah.
- Layari laman web MyFutureJobs
- Klik JOBSEEKER SIGN IN yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here bagi memulakan proses daftar MyFutureJobs.
- Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda.
- Pada bahagian Please sign in, klik Register.
- Masukkan e-mel anda pada ruangan Email.
- Pada bahagian Please register yang sama, masukkan MyKad pada ruangan IC Number.
- Masukkan kata laluan pada ruangan Password.
- Klik Register bagi lancarkan cara daftar MyFutureJobs anda.
- Kemudian, terima terms & conditions bagi melengkapkan pendaftaran anda.
- Anda akan dibawa secara automatik ke laman Profile anda.
- Selesai.
CARA LOGIN PORTAL MyFUTUREJOBS
Setelah selesai dengan pendaftaran, anda perlu login semula untuk melengkapkan profil anda. Berikut merupakan cara login portal MyFutureJobs.
- Layari laman web MyFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
- Pada bahagian Create Profile, anda perlu isikan maklumat-maklumat berikut seperti bagi memastikan cara daftar dan login MyFutureJobs berjalan dengan lancar.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT DI MyFUTERJOBS
Setelah anda berjaya Log Masuk, seharusnya anda kemaskini maklumat Profil anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Personal Information – maklumat peribadi
- Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruangan yang disediakan:
- Nama
- Negeri
- Alamat
- Tarikh lahir
- Bangsa (pilihan)
- MyKad
- Bandar
- Poskod
- Jantina
- Nombor telefon
- Pastikan anda memuatnaik gambar anda (sebaiknya gambar formal) dan juga memuatnaik Resume anda
- Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruangan yang disediakan:
- Desired Jobs – pekerjaan yang diingini
- Pilih pekerjaan yang anda ingin, anda boleh mencari di ruagan yang disediakan.
- Experience – pengalaman
- Masukkan pengalaman anda (sekiranya ada), jika tiada klik No
- Education – pendidikan
- Masukkan Taraf pendidikan, bahasa dan lesen memandu anda
- Skills – kemahiran
- Isikan kemahiran anda miliki
CARA GUNA PORTAL MyFUTUREJOBS
Setelah selesai dengan langkah-langkah seperti di atas, anda pasti hendak nak tahu cara guna portal MyFutureJobs bagi mula lakukan carian pekerjaan anda. Berikut merupakan cara guna portal MyFutureJobs.
- Layari laman web MyFutureJobs
- Anda boleh membuat carian mengikut kemahiran dan kelayakan anda pada ruangan tertera seperti:
- Jenis pekerjaan
- Lokasi
- Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
- Paparan senarai keksoongan pekerjaan akan terteta
- Klik pada MOHON untuk memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda.
- Pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Artikel Lain > PERMOHONAN MySTEP (Semak Kekosongan & Check Status)