SPANS SABAH (Permohonan Jawatan Kosong & Pendaftaran)

SPANS SABAH (Permohonan Jawatan Kosong & Pendaftaran)

SPANS SABAH

Kepada anda yang ingin berkhidmat sebagai penjawat awam, seharusnya anda membuat permohonan kerja kerajaan melalui sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Selain daripada Sistem permohonan SPA9 ini, anda juga boleh mohon tawaran kerja sektor perkhidmatan awam Negeri melalui laman-laman web permohonan SPA yang disediakan oleh negeri. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan SPA Negeri Sabah menenerusi SPANS, semoga membantu.

 

APA ITU  SPANS SABAH

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63.

Objektif penubuhannya adalah untuk memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.

 

FUNGSI SPANS SABAH

Berikut adalah merupakan antara fungsi SPANS iaitu:

  • Pelantikan;
  • Pengesahan Jawatan;
  • Pemberian Taraf Berpencen;
  • Kenaikan Pangkat;
  • Pertukaran; dan
  • Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

 

CARA DAFTAR SPANS SABAH

Kepada anda yang baru pertama kali mengunakan sistem ini, semestinya anda dikehendaki untuk membuat pendaftaran akaun. Ikuti sahaja langkah daftar SPANS yang akan dijelaskan di bawah:

  1. Layari pautan rasmi SPANS
  2. Pada paparan utama klik pada Orang Awam
  3. Kemdian klik pada Pengguna Baru
  4. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran yang disenaraikan
  5. Anda akan diberi borang permohonan online dan apa yang anda perlu lakukan andalah anda perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda yang sah dan betul.
  6. Perlu diberi perhatian sekiranya anda mengisi maklumat yang tidak betul atau anda berbohong tentang sebarang maklumat anda, sekiranya ditangkap anda akan dikenakan hukuman.
  7. Lengkapkan maklumat peribadi anda pada ruangan yang disediakan iaitu ruangan maklumat pemohon, soalan keselamatan, kata laluan dan persetujuan anda.
  8. Setelah anda selesai mengisi, tandakan pada kotak Setuju dan Klik Daftar.

 

CARA PERMOHONAN PEKERJAAN SPANS SABAH

Setelah anda selesai daftar, anda boleh log masuk untuk membuat permohonan pilihan pekerjaan yang berkelayakan dengan anda. Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan pekerjaan dalam sistem SPANS

 

  1. Layari pautan rasmi SPANS
  2. Log masukkan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.
  3. Kemaskini maklumat anda dan kini anda sudah boleh memulakan proses permohonan jawatan yang anda minat dan jawatan di perkhidmatan awam yang anda kehendaki.

 

SEMAK JAWATAN KOSONG SPANS SABAH

Anda boleh membuat semakan sentiasa menerusi portal rasmi SPANS kerana iklan jawatan kosong akan dipaparkan sekiranya terdapat kekosongan yang dibuka. Anda juga boleh menyemak kekosong menerusi pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai SPANS Sabah, anda boleh melayari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di pautan https://espans.sabah.gov.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “SPANS SABAH (Permohonan Jawatan Kosong & Pendaftaran)”

Leave a Comment