MRSM TINGKATAN 1 & 4 PERMOHONAN KEMASUKAN

PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2024 BAGI TINGKATAN 1 & 4

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2024 kepada calon yang berminat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

APA ITU MRSM


MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.


PROGRAM YANG DITAWARKAN DI MRSM


Berikut adalah merupakan program yang dilaksanakan di MRSM iaitu:



  1. Premier

    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA



  2. Ulul Albab

    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran



  3. IGCSE

    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM



  4. IB MYP (Middle Years Programme)

    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM



  5. Teknikal

    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan



  6. PKP (Program Khas Pendidikan)

    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM



  7. SYARAT PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4

Berikut adalah merupakan syarat asas bagi pengambilan pelajar MRSM bagi pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat:

  • Cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum

  • Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar


  • Berikut adalah merupakan syarat Kemasukan Umum:

  • Calon warganegara Malaysia

  • Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia

  • Calon memohon secara dalam talian (online)

  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari

  • Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.

  • Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.


  • LOKASI MRSM


    Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi boleh rujuk pada pautan di bawah:

  • Lokasi MRSM 


  • TARIKH PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 2024


    Pelajar, ibu bapa, dan penjaga dijangka boleh membuat permohonan secara dalam talian sekitar bulan September-November 2023. Ini kerana, permohonan MRSM 2024 pada tahun 2023 tahun lalu bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022.



    CARA PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 & 4


    Berikut adalah merupakan cara permohonan MRSM bagi pelajar Tingkatan 1 & 4 bagi calon yang berminat:



    1. Layari pautan web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/

    2. Fahami tentang maklumat semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Anda boleh rujuk DI SINI. 

    3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada:

      • Permohonan Tingkatan 1

      • Permohonan Tingkatan 4



    4. Bagi pengguna baharu, sila klik pada Daftar Pengguna. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.

    5. Log masuk menggunakan maklumat akaun anda.

    6. Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.

    7. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).

    8. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.

    9. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.


     


    UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)



    • Kepada calon yang terpilih hendaklah menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

    • Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.


     


    TEMPOH UJIAN UKKM



    • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

    • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

    • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

    • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.


     


    MAKLUMAT LANJUT


    Untuk maklumat lanjut mengenai  permohonan  kemasukan MRSM bagi tingkatan 1 & 4, sila layari website rasmi  MARA di pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/



    ARTIKEL LAIN


    SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM (Check Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 &

    Leave a Comment