PERMOHONAN SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

PERMOHONAN SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

Kepada rakyat Selangor  semestinya anda ingin mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan Selangor pada tahun 2023 menerusi Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentang pada 25 November 2022. Antara salah satunya adalah Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bantuan ini:

  • Biaya 10%-15% wang pendahuluan
  • Kediaman mampu milik LPHS
  • Pembiayaan patuh syariah
  • Bayaran bulanan tidak membebankan 5-10 tahun
  • Bayaran balik fleksibel jika ingin selesai awal
  • Khidmat nasihat kewangan

 

JENIS RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR

Pemohon perlu memastikan pilihan kategori adalah betul. Ini terdapat 3 kategori pendaftaran iaitu ;

  1. Rumah Selangorku
  2. Kedai/Industri Mampu Milik
  3. Komersial (Pangsapuri Perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO Mampu Milik)

 

HARGA RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR

  • Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit tertakluk kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
  • Untuk komersial (pangsapuri perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) bermula pada harga RM 230,000 seunit sehingga RM 270,000 seunit.

 

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR

Syarat kelayakan untuk memohon rumah  adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan;
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan;
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  7. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  8. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

 

LOKASI RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR

Untuk menyemak senarai projek rumah terkini yang boleh dipohon di laman web LPHS melalui pautan:

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon perlu muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  2. Pendapatan
    • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR

Sekiranya anda berminat untuk memohon, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan LPHS: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  2. Klik pada Daftar / Log Masuk
  3. Sekiranya anda pengguna kali pertama klik pada Daftar Pengguna Baru
  4. Anda akan dipaparkan halaman pra-pendaftaran. Sila baca dan fahami semua syarat yang ditetapkan
  5. Sila masukkan maklumat asas peribadi anda dengan lengkap. Pastikan nombor kad pengenalan baru anda adalah betul. Kesilapan memasukkan nombor kad pengenalan baru anda mungkin akan menjejaskan proses permohonan anda. Nombor kad pengenalan baru anda juga akan digunakan sebagai kata nama untuk anda log masuk ke dalam sistem. Tentukan juga emel dan nombor telefon anda dengan tepat kerana ianya akan digunakan oleh LPHS untuk sebarang urusan perhubungan.
  6. Laksanakan pengiraan kalkulator pengiraan pinjaman untuk membolehkan anda dan LPHS mengetahui status kelayakan anda berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.
  7. Tetapkan semua pilihan syarat yang diberikan. Sila tentukan anda layak berdasarkan semua syarat yang diberikan untuk membolehkan anda meneruskan ke proses pendaftaran seterusnya. Kemudian, klik pada butang SAYA LAYAK
  8. Setelah mengetahui kelayakan anda, Sila Log Masuk Kembali untuk meneruskan permohonan anda sehingga selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut permohonan Rumah Mampu Milik Selangor, anda boleh merujuk website rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di pautan https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR (Login ehartanah.lphs.gov.my)

3 thoughts on “PERMOHONAN SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR”

Leave a Comment