CARA TONTON PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022 PERCUMA

CARA TONTON PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022 PERCUMA

TONTON PIALA DUNIA PERCUMA

Kepada penggemar bola sepak, semestinya akan menyokong pasukan pilihan anda nanti pada pertandingan Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar. Ini pasti merupakan satu pertandingan yang sangat ditunggu-tunggu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tonton Piala Dunia ini secara percuma di mana-mana sahaja, semoga membantu.

 

APA ITU PIALA DUNIA

Piala Dunia FIFA, sering dipanggil Piala Dunia, ialah pertandingan bola sepak persatuan antarabangsa yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki senior ahli-ahli Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan induk global sukan itu.

Kejohanan ini dianjurkan setiap empat tahun sejak kejohanan sulung pada tahun 1930, kecuali pada tahun 1942 dan 1946 apabila ia tidak diadakan kerana Perang Dunia Kedua..

 

NEGARA TUAN RUMAH PIALA DUNIA 2022

Pada tahun 2022, Qatar menjadi tuan rumah.

SENARAI PASUKAN PIALA DUNIA 2022 QATAR

Berikut adalah merupakan senarai pasuran yang berjaya menyertai world cup ini:

GROUP A GROUP B GROUP C GROUP D
Qatar

Ecuador

Senegal

Netherlands

England

IR Iran

Amerika Syarikat

Wales

Argentina

Aran Saudi

Mexico

Poland

Perancis

Australia

Denmark

Tunisia

GROUP E GROUP F GROUP G GROUP H
Sepanyol

Costa Rica

Jerman

Jepun

Belgium

Kanada

Morocco

Croatia

Brazil

Serbia

Switzerland

Cameroon

Portugal

Ghana

Uruguay

Korea Republic

 

JADUAL PIALA DUNIA 2022 QATAR

Bagi perlawanan pertama akan berlangsung pada 20 November 2022 di Al-Bayt Stadium melibatkan pertembungan antara tuan rumah, Qatar menentang Ecuador. Bagi mendapatkan jadual rasmi perlawanan yang penuh anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

 

CARA TONTON PIALA DUNIA PERCUMA

Untuk menonton siaran perlawanan Piala Dunia Qatar secara percuma, anda kini boleh melayarinya melalui laman web RTMKlik atau juga aplikasi RTMKlik yang boleh dimuat turun di:

Berikut adalah merupakan cara untuk menonton melalui aplikasi tersebut

  1. Selepas muat turun dan install, buka aplikasi dan daftar masuk atau anda pilih saja ‘Pelawat’ sekrianya tidak mahu daftarkan akaun.
  2. Melaluinya, ketika perlawanan sedang dilangsungkan, anda boleh pilih sama ada menonton di TV2 atau TV Okey.
  3. Siaran ulangan biasanya tersedia melalui saluran Sukan RTM.

Leave a Comment