KUPON LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN (Cara Guna & Beli)

KUPON LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN (Cara Guna & Beli)

KUPON LETAK KERETA

Sekiranya anda parking kereta di kotak parking majlis perbandaran, selalunya akan dikenakan cas bayaran parking. Terdahulunya terdapat palang meter berbayar, tetapi kini kebanyakkannya mengunakan kupon parking kerana ianya lebih senang, lebih praktikal dan jimatkan kos bagi pihak berkuasa. Dkepada anda yang pertama kalu menggunakan kopun ini, disini kami akan kongsikan kepada anda cara guna kupon letak kereta ini.

 

APA ITU KUPON PARKING KERETA

Kupon parking kereta ini kebanyakkkan digunakan di kawasan lot lot perniagaan, bandar dan juga mana mana kawasan yang mempunyai papan tanda kawasan parking berbayar milik majlis perbandaran.

 

KELEBIHAN KUPON PARKING KERETA

Pihak Majlis Perbandaraan telah sediakan kawasan khas untuk anda meletak kenderaaan anda di kawasan yang bersesuaian. Sistem bayaran kupon ini adalah untuk memastikan keadaan kawasan petak letak kenderaan dijaga dengan elok dan juga anda boleh parking kereta mereka mengikut keperluan yang diperlukan untuk selesa segala  urusan anda.

 

KENAPA PERLU PAMERKAN KUPON LETAK KERETA

Sekiranya anda tidak pamerkan kupon ini ketika parking dikawasan  perbandaran ini, anda akan menerima surat notis saman parking dari majlis perbandaran dan anda dikehendaki untuk membayar saman tersebut di Majlis Perbandaran.

 

KADAR SAMAN PARKING MAJLIS PERBANDARAN

Harga saman parking adalah mengikut kawasan Majlis Perbandaran.

 

HARGA KUPON PARKING KERETA

Kadar harga bagi parking kupon anda seperti berikut:

  • 40 sen untuk 1 jam.

 

TEMPAT BELI KUPON PARKINGKERETA

Anda boleh dapatkan kupon parking kereta di mana mana kedai 7 elevan, kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan parking kereta anda

 

CARA GUNA KUPON PARKING KERETA

Berkut adalah cara penggunaan kupon parking ini:

  1. Parkingkan kenderaan anda di dalam kotak di kawasan Majlis Perbandaran.
  2. Ambilkan kad kupon tersebut dan goreskan mengikut Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit iaitu waktu mula penggunaan (maxsimum 30 mini atau 1 jam bagi setiap kupon)
  3. Sekiranya anda perlukan lebih masa, anda boleh paparkan lebih dari 1 kupon letak kereta dan pastikan kupon seterusnya digores masa selepas berakhirnya masa kupon pertama
  4. Pastikan anda letakkan kupon letak kereta yang telah digores di atas dashboard kereta anda dan mudah dilihat oleh pegawai majlis perbandaran untuk membuat semakan.

NOTA: Sekiranya masa penggunaan parking melepasi had masa yang dipaparkan pada kupon parking kereta, maka kemungkinan anda akan dikenakan kompaun dari Majlis Perbandaran

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT FULL SETTLEMENT KERETA MOTOR (Semak Baki & Bayar Habis Loan)

1 thought on “KUPON LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN (Cara Guna & Beli)”

Leave a Comment