CARA BUAT FULL SETTLEMENT KERETA MOTOR (Semak Baki & Bayar Habis Loan)

CARA BUAT FULL SETTLEMENT KERETA MOTOR (Semak Baki & Bayar Habis Loan)

FULL SETTLEMENT

Sekiranya anda ingin menyelesaikan baki pinjaman kenderaan anda, semestinya anda ingin membuat semakan dahulu sebelum membuat pembayaran penyelesaian. Disini kami akan kongsikan cara buat full settlement kereta, semoga membantu.

 

APA ITU FULL SETTLEMENT

Full settlement bermaksud penyelesaian penuh yang dibuat ke atas kenderaan yang dibeli  seperti kereta dan motor daripada jumlah baki pinjam yang ada.

.

CARA SEMAK FULLSETTLEMENT KERETA

Terdapat tiga cara untuk membuat semakan bayaran penuh kenderaan anda. Berikut adalah merupakan caranya:

Cara Check FullSettlement Kereta Di Bank

  1. Hadir ke mana-mana cawangan bank atau institusi kewangan yang anda membuat pinjaman kenderaan
  2. Pastikan anda membawa dokumen seperti kad pengenalan dan apa yang berkaitan dengan maklumat kereta anda.
  3. Pergi ke kaunter check-in untuk dapatkan nombor giliran dan tunggu no anda dipanggil
  4. Maklumkan kepada pegawai tersebut bahawa anda ingin menyemak penyelesaian penuh kereta anda
  5. Pegawai tersebut aakan minta maklumat atau dokumen yang berkaitan
  6. Maklumat anda akan diproses dan pegawai tersebut akan maklumkan berapa jumlah penyelesaian penuh t yang harus dijelaskan (termasuk rebat atau pengurangan bayaran)
  7. Selesai

NOTA: Ini adalah proses secara umum, walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada situasi serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan tersebut.

 

Check Full Settlement Kereta Dengan Panggilan Telefon

  1. Dapatkan nombor telefon customer service bank atau institusi kewangan yang terlibat.
  2. Telefon no tersebut dan nyatakan tujuan anda iaitu untuk check fullsettlement kereta.
  3. Customer service tersebut akan sambungkan anda ke talian yang berkenaan.
  4. Pegawai tersebut akan meminta maklumat untuk dibuat pengesahan seperti nombor kad pengenalan anda untuk proses semakan lanjut.
  5. Kemudian pegawai tersebut akan memaklumkan jumlah fullsettlement kereta anda.
  6. Selesai

 

CHECK FULL SETTLEMENT DI LAMAN WEB LOAN SETTLEMENT CALCULATOR

  1. Anda juga dapat membuat penggiraan secara online menerusi website yang tersedia seperti:
  2. Klik pada pautan pilihan anda dan masukkan maklumat yang diperlukan dalam kalkulator tersebut
  3. Selesai

Nota: Semakan mengunakan kaedah kalkulator online ini tidaklah accurate 100% hasil pengiraan yang diberikan. Sebaiknya anda merujuk terus kepada bank atau institusi kewangan pinjaman kereta anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA KIRA LOAN KERETA (Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Baru & Secondhand)

 

2 thoughts on “CARA BUAT FULL SETTLEMENT KERETA MOTOR (Semak Baki & Bayar Habis Loan)”

Leave a Comment