Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)

Cara Guna Aplikasi Socar Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)

Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta

Pengenalan kepada SOCAR

  • SOCAR merupakan perniagaan start-up yang ditubuhkan pada 2011 di Pulau Jeju, Korea Selatan. Selepas hampir 7 tahun beroperasi, syarikat itu kini memiliki lebih 3 juta pelanggan berdaftar. Daripada cuma 200 unit kereta, kini SOCAR sudah mengumpul 9,000 kenderaan dengan 3,000 zon parkir di 81 bandar sekitar selatan negara Asia Timur itu.
  • Di Malaysia, SO CAR (dipanggil SoCar Malaysia) berada di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga anak tempatan, Leon Foong yang sebelum ini pernah menyandang jawatan tinggi dalam Uber Malaysia dan Thailand. Beliau juga adalah pengasas bersama aplikasi mobil, GoGet.my.
  • Malaysia juga adalah destinasi pertama SO CAR untuk pasaran luar negara.
  • SOCAR ialah pengangkutan multi-flex. Dalam bahasa mudah, SO CAR ialah aplikasi mobil yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta mengikut jam dan boleh ditempah secara langsung menerusi telefon pintar tanpa memerlukan kehadiran orang tengah.
  • Semua proses adalah 100 peratus online daripada mula menempah, mengambil dan memulangkan kereta. Kereta sewa SO CAR juga tiada kunci fizikal, sebaliknya dihidupkan menggunakan aplikasi mobil.

 

Cara Daftar Aplikasi SOCAR

  • Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi SO CAR daripada AppleStore (iOS) atau PlayStore (Android).
  • Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri, termasuk melengkapkan nombor akaun kad kredit/debit untuk urusan pembayaran, lesen memandu dan kad pengenalan.
  • Pendaftaran dikira sah selepas anda memuat naik foto yang ditangkap bersama kad pengenalan.

 

 

Cara Guna  Aplikasi SOCAR (Booking Kereta Sewa)

  • Selepas pendaftaran berjaya, anda kini boleh lihat lokasi kereta sewa SOCAR (dipanggil SO CAR Zone) sekitar Lembah Klang (ada 100 lokasi) yang ditandakan dalam warna biru muda. Kemudian:
  • Pergi ke SOCAR Zone dan cari kereta yang anda mahu sewa.
  • Tangkap gambar setiap sudut kereta (kiri, kanan, depan dan belakang) dan hantar kepada SO CAR menerusi aplikasi disediakan.
  • Ikut arahan dalam aplikasi tersebut. Apa lagi, pandulah macam biasa.
  • Pastikan kereta dipulangkan tepat pada masa dalam keadaan bersih dengan isian petrol sekurang-kurangnya separuh tangki.
  • Jika mahu isi semula petrol, cuma gunakan kad petrol yang siap disediakan dalam kereta.
  • Tempahan boleh dibuat dalam tempoh 30 minit hingga seminggu sebelum kereta disewa.

Rate Harga/Kadar Sewa SOCAR

  • Sehingga kini, terdapat 4 jenis model kereta ditawarkan SO CAR yang akan dikemas kini secara berkala. Jumlah keseluruhan kereta dimiliki SOCAR buat masa ini adalah 240 unit.
  • Berikut kadar sewa yang ditetapkan:

 

HARI BIASA

  • Perodua Axia – RM8/jam
  • Honda City – RM9.90/jam
  • Honda HR-V – RM18.90/jam
  • MINI Cooper – RM25/jam

HARI MINGGU

  • Perodua Axia – RM11/jam
  • Honda City – RM15.90/jam
  • Honda HR-V – RM25/jam
  • MINI Cooper – RM30/jam

 

 

Senarai Kelebihan Lain Aplikasi SOCAR

  • Boleh sewa dan pandu sendiri ke mana saja destinasi yang anda suka.
  • Boleh tambah masa jika perlu sama ada 10 minit, 30 minit, atau sejam menggunakan aplikasi mobil.
  • SOCAR memang menyediakan petak parkir khas di banyak kawasan hotspot sekitar Lembah Klang seperti pusat beli-belah di KLCC, MidValley, KL Gateway dan banyak lagi.
  • Insurans kemalangan disediakan.
  • Pengguna boleh menambah hingga tiga kad kredit/debit pada satu-satu masa sebagai alternatif. Maksudnya, boleh guna kad lain.
  • Bantuan keselamatan ‘live’ jika kereta tiba-tiba jem. Cuma tekan fungsi ‘Live Hotline’ dan aplikasi akan membuat panggilan kecemasan kepada bahagian sokongan pelanggan SO CAR yang beroperasi 24 jam.
  • Ada pas khas, ‘Stress Free Pass’. Kupon ini sah untuk tempahan dari jam 7 malam hingga 8 pagi, Isnin hingga Khamis dengan bayaran serendah RM28 untuk model Axia (City – RM37; HR-V – RM69).
  • Sekiranya tidak mahu pickup. SO CAR turut menawarkan perkhidmatan pintu-ke-pintu (D2D Car-Sharing) tetapi dengan syarat anda berada di lokasi ditetapkan yang ditanda warna biru tua dalam aplikasi mobil. Konsepnya sama macam parkir valet dan caj dikenakan, RM5. Buat masa ini, perkhidmatan D2D cuma disediakan di kawasan sekitar Bangsar dan Damansara Height.

 

Pengalaman Menggunakan Aplikasi SOCAR

  • Pilihan zon yang ditawarkan sangat banyak.pengguna boleh pilih sahaja zon dan kereta yang dimahukan
  • Setiap kereta SOCAR telah disediakan kad petrol.
  • Untuk lebih penjimatan,kini SOCAR menawarkan Student Zone dengan kadar sewaan lebih murah.
  • Untuk mengelakan pembaziran masa dan wang, penggunaan SO CAR secara efisien adalah penting, pastikan perancangan masa betul – betul tepat.
  • Yang paling best kita boleh mencuba pelbagai jenis kereta yang ditawarkan oleh SO CAR.
  • Jangan lupa yang paling penting kena ada lesen.

 

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila Layari https://socar.my/consumer

 

Artikel Lain 

CARA BUAT FULL SETTLEMENT KERETA MOTOR (Semak Baki & Bayar Habis Loan)

 

4 thoughts on “Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)”

Leave a Comment