Cara Nak Servis Kereta (Bila Kena Check Tukar Minyak & Harga)

Cara Nak Servis Kereta (Bila Kena Check Tukar Minyak & Harga)

Cara Nak Servis Kereta

Baca dahulu tips ataupun checklist ini sebelum anda pergi ke bengkel kereta, supaya tidaklah anda terpinga- pinga apabila sampai di bengkel.

Sedikit ilmu yang anda dapat ini akan memudahkan anda membuat urusan di bengkel serta tidak mudah ditipu oleh mana-mana pihak.Berikut adalah cara nak servis kereta.

 

Kebaikan & Kepetingan Servis Kereta

  • Tujuan utama kita melakukan servis adalah untuk mengekalkan kondisi kereta supaya boleh terus berfungsi dengan baik.
  • Penyelenggaraan kereta yang kerap boleh mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang tidak dijangka.
  • Namun, sekiranya, korang tak lakukan servis kereta dengan kerap, potensi kos kerosakan akibat kekurangan servis adalah lebih besar.

 

Masalah & Keburukan Apabila Kereta Tidak Di Servis

  • Membahayakan Diri Sendiri & Juga Penumpang
  • Kerosakan Akan Bertambah
  • Kos Selenggara yang bertambah
  • Nilai Resale Berkurang Dengan Drastik
  • Jangka hayat kereta dipendekan

 

Perkara / Checklist Untuk Cara Servis Kereta

  1. Minyak Hitam Dan Penapis Minyak – Untuk pengetahuan, anda disarankan untuk menukar minyak hitam dan penapis setiap tiga bulan atau 3,000 batu bergantung pada jenis kereta, jenis minyak dan cara penggunaan kereta.

 

  1. Paras Minyak dan Cecair Penyejuk – Paras yang rendah boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin dan juga kerosakan lain.Pertama sekali, pastikan korang dah matikan enjin kereta. Selepas itu, korang kena buka hud enjin dan korang akan jumpa.Seeloknya, jika korang tak pasti paras yang disyorkan, korang boleh rujuk pakar atau manual mengenai kereta korang.

 

  1. Minyak Gearbox – Untuk setiap 20,000 km, korang disarankan untuk menukar minyak gearbox.Walaubagaimanapun, jangka hayat minyak gearbox ini bergantung pada jenis dan spesifikasi kereta.Berikut merupakan antara tanda gearbox kereta korang dah mula rosak:
  • Sukar tukar gear
  • Bagi transmisi automatik terdapat sentakan yang kuat
  • Kereta tidak dapat bergerak
  1. Spark Plug – Fungsi Spark plug  adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik yang menyalakan campuran bahan api udara dalam enjin pembakaran, yang menghidupkan kereta anda.Berikut Merupakan tanda spark plug rosak:
  • Pecutan kereta tak begitu berkuasa
  • Minyak cepat habis
  • Enjin kereta tak berjalan lancar
  • Bunyi enjin bising
  • Kereta boleh start tapi tak hidup

 

  1. Tayar Kereta – Kalau korang biarkan tayar terus berada dalam kondisi yang teruk atau rosak, anda berisiko tinggi mengalami kecederaan atau kemalangan yang mungkin boleh meragut nyawa semasa di atas jalan raya.Anda digalakan memeriksa sekurang-kurangnya sekali setiap 1-2 minggu. Setiap kali nak memulakan perjalanan jauh pun, korang kena check jugak.

Apa yang perlu diperiksa? Ada 2 perkara yang korang kena beri perhatian.

  • Pertama, periksa kehausan tayar. Tengok bunga tayar jika telah haus. Kalau korang nak tahu, kadar kehausan tayar ini mungkin berbeza- tayar depan dan tayar belakang.
  • Kedua, penting untuk korang periksa tekanan tayar. Pastikan tekanan angin tayar bersesuaian. Jangan terlalu rendah atau terlalu tinggi.

 

  1. Lampu Kereta – Berikut merupakan bahagian-bahagian lampu yang korang kena periksa sekurang-kurangnya sekali sebulan:
  • Lampu suluh rendah (low beam)
  • Lampu suluh tinggi (high beam)
  • Lampu kabus
  • Lampu depan dan belakang
  • Lampu brek
  • Signal kereta

 

  1. Bateri Kereta – Untuk pengetahuan korang, bateri kereta perlu korang ganti setiap dua tahun. Namun ini bergantung pada cara penggunaan, jenis bateri dan cara penjagaan.Apakah Yang Terjadi sekiranya bateri tidak berfungsi dengan baik:
  • Kereta susah nak dihidupkan (start)
  • Lampu amaran timbul
  • Bau busuk
  • Alarm kereta berbunyi tidak tentu hala

 

  1. Pad Brek – Pad brek ini komponen utama sistem brek kereta korang dan memainkan peranan penting dalam membuat kereta korang berhenti apabila pedal brek ditekan.

 

  1. Wiper Kereta – Ini penting ni semasa memandu dalam keadaan hujan. Wiper kereta atau pengelap cermin ini merupakan komponen kereta yang penting, jadi korang kena jaga baik-baik.Pastikan getah wiper berada dalam keadaan yang baik. Korang disarankan untuk menggantikan getah wiper ini setiap 6-12 bulan bergantung pada keadaannya.Jarak penglihatan semasa pemanduan dalam hujan juga lebih baik dan boleh menyelamatkan nyawa korang.

 

  • Penapis Udara – Fungsi penapis udara adalah untuk mengawal aliran udara yang masuk ke dalam enjin dan membantu mengelakkan serpihan atau bendasing daripada memasuki dan merosakkan bahagian enjin.

 

  • Shock Absorber – Shock absorber atau penyerap hentakan merupakan komponen penting dalam sistem suspensi kenderaan.tengok fungsinya:
  • Mengawal hentakan
  • Menyerap hentaman
  • Mengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspensi ketika kenderaan melalui bonggol, jalan berlubang atau jalan yang tidak rata.

 

 

  • Serpentine Belt – Ia merupakan tali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada takal alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa, dan pemampat penyaman udara (aircond compressor).Apa akan terjadi kalau serpentine belt ini rosak?
  • Kereta akan berdetar seakan seperti bunyi gegaran apabila menghidupkan aircond kereta.
  • Serpentine belt yang sudah haus akan menyebabkan bunyi bising terutamanya semasa penyaman udara kereta dihidupkan.

 

ARTIKEL LAIN

Cara Guna Aplikasi SOCAR Sewa Kereta (Berapa Rate Harga & Pengalaman)

Bateri Kereta Kong Lemah (Cara Hidupkan Jumper Kereta Dengan Betul)

CARA POS HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK SEMENANJUNG(Semak Harga & Dokumen)

1 thought on “Cara Nak Servis Kereta (Bila Kena Check Tukar Minyak & Harga)”

Leave a Comment