CONTOH SURAT PERLETAKAN JAWATAN (Cara Nak Resign Kerja)

CONTOH SURAT PERLETAKAN JAWATAN (Cara Nak Resign Kerja)

SURAT PERLETAKAN JAWATAN

Bagi anda yang berkhidmat dengan Kerajaan atau Swasta yang ingin meletakkan jawatan secara rasmi atas sebab-sebab tertentu, semestinya anda harus membuat surat permohonan perletakan jawatan. Disini kami akan kongsikan contoh surat iaitu perletakan dengan notis 1 bulan atau notis serta merta, semoga membantu.

 

KENAPA HARUS MEMBUAT SURAT PERLETAKAN JAWATAN

Anda sebagai seoranng pekerja yang ingin berhenti haruslah membuat surat permohonan perletakan jawatan ini kerana:

  • Meninggalkan pekerjaan anda dengan cara baik
  • Menjaga resputansi anda supaya senang memohon jawatan lain di masa akan datang
  • Memudahkan pihak majikan membuat pembayaran gaji akhir anda dan pencarian penganti kerja baharu.

 

CARA PENGHANTARAN SURAT PERLETAKKAN JAWATAN

Terdapat pelbagai kaedah untuk menghantar surat ini kepada majikan anda iaitu:

  • Serahan tangan
  • Pos
  • Email

NOTA: Saranan kami sebaiknya dibuat melalui email dan serahan tangan supaya majikan anda dapat dimaklumkan dengan kadar segara tentang pemakluman perletakkan jawatan anda.

 

BOLEH KE HANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATAN 24JAM

Anda sebenarnya moleh letak ajwatan dengan notis 24 jam. Tetapi untuk makluman anda, sekiranya anda meletakkan jawatan dengan notis 24, anda dikehendaki membuat pembayaran balik kepada majikan iaitu:

  • Kerajaan – 1 bulan gaji
  • Swasta – bergantung kepada surat tawaran atau syarat yang telah ditetapkan oleh majikan

 

CONTOH SURAT PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN

Berikut adalah merupakan contoh surat letak jawatan bagi tempoh sebulan:

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

__________________________________________________________________________________

 

Gelaran majikan                                                                                                                                                    Tarikh Surat Ditulis

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan / Puan,

 

PERLETAKAN JAWATAN DI ……Nama Syarikat……..

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Saya ….Nama Pekerja…. yang bertugas sebagai ….Jawatan Pekerja… ingin memaklumkan kepada pihak Tuan / Puan berkenaan perletakan jawatan saya berkuatkuasa …Tarikh Letak jawatan (tempoh 30 hari dari tarikh surat)…

 

3. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, perletakan jawatan ini adalah kerana …. Sebab Letak Jawatan….

 

4. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada …Nama Syarikat… kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

<Jawatan / No Pekerja>

<No. Telefon>

 

 

CONTOH SURATPERLETAKAN JAWATAN NOTIS 24 JAM

Berikut adalah merupakan contoh surat letak jawatan bagi tempoh 24 Jam:

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

__________________________________________________________________________________

Gelaran majikan                                                                                                                                                      Tarikh Surat Ditulis

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan / Puan,

 

PERLETAKAN JAWATAN DI ……Nama Syarikat……..

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Saya ….Nama Pekerja…. yang bertugas sebagai ….Jawatan Pekerja… ingin memaklumkan kepada pihak Tuan / Puan berkenaan perletakan jawatan saya serta merta berkuatkuasa …Tarikh Letak jawatan (tarikh surat ditulis)….

 

3. Untuk makluman pihak Tuan / Puan, perletakan jawatan ini adalah kerana …. Sebab Letak Jawatan….

 

4. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada …Nama Syarikat… kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

<Jawatan / No Pekerja>

<No. Telefon>

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SKSPS PERKESO 2022 (Kerja Grab & foodpanda, Boleh Carum SPS SOCSO)

 

 

Leave a Comment