CARA GUNA i-AKAUN KWSP (Login First Time & Dapatkan Penyata Terkini)
Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memudahkan akses akaun simpanan KWSP anda melalui i-Akaun KWSP Online bagi semua ahli. Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Di sini dikongsikan cara untuk guna i-Akaun KWSP online dan diterangkan serba-sedikit tentang kali pertama Login dan dapatkan penyata terkini, semoga membantu.
APAKAH i-AKAUN KWSP?
i-Akaun KWSP adalah satu portal kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah. Dengan mendaftar, anda boleh melakukan semua urusan ini hanya di hujung jari:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
CARA DAFTAR AHLI KWSP
Terdapat beberapa cara untuk mendaftar ahli KWSP, antaranya ialah:
- Pendaftaran Automatik Majikan
- Setelah menerima caruman pertama anda dan telah menerima bukti, secara automatik anda ialah ahli pemegang akaun KWSP.
- Nama dan Kad Pengenalan anda telah didaftarkan melalui Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Pendaftaran Di Kaunter
- Pendaftaran boleh dibuat dengan membawa MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana cawangan KWSP.
- Pendaftaran Di Kiosk
- Pendaftaran juga boleh dibuat di Kiosk KWSP dengan MyKad dan cap ibu jari.
- Pendaftaran Lain
- Walaupun bukan berstatus pekerja , anda tetap boleh menikmati kadar dividen jika menyimpan dalam akaun KWSP. Terutama bagi bekerja sendiri dan suri rumah yang boleh memohon dalam I-Saraan.
CARA DAFTAR i-AKAUN ONLINE (First Time Login)
Sebelum mengakses, anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementara terlebih dahulu. Terdapat beberapa cara untuk dapatkannya seperti:
- Pendaftaran di kiosk atau kaunter KWSP berdekatan.
- Hubungi KWSP di talian 03-89226000
Sekiranya pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli). Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Diingatkan, anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
CARA AKTIFKAN i-AKAUN ONLINE
Setelah anda dapatkan ID & Kata Lalaun Sementara, berikut adalah merupakan cara log masuk kali pertama:
- Layari pautan www.kwsp.gov.my
- Klik pada Log Masuk > i-Akaun (ahli)
- Gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS. Kemudian tekan Login
- Tick pada terma dan syarat dan klik seterusnya
- Anda perlu pilih ID Pengguna yang anda kehendaki. Pengubahan ID hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja semasa pengaktifan
- Masukkan Kata Laluan baharu anda kehendaki
- pilih Image Seceruty yang anda inginkan. (ini sebagai langkah keselamatan setiap kali anda log masuk)
- Masukkan Frasa Rahsia anda kehendaki. kemudian klik seterusnya
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
CARA SEMAK PENYATA KWSP
Setelah selesai anda proses pengaktifan akaun KWSP seperti di atas, berikut adalah merupakan cara untuk semak penyata KWSP anda:
- Log masuk akaun anda: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Gunakan ID & Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
- Klik pada tab ‘Akaun Peribadi’.
- Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
- Maklumat Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.
CARA MUAT TURUN PENYATA KWSP
Setelah selesai anda proses pengaktifan akaun KWSP seperti di atas, berikut adalah merupakan cara untuk muat turn penyata:
- Log masuk akaun anda: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Klik pada tab ‘Akaun Peribadi’.
- Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
- Maklumat Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.
- Klik pada download penyata KWSP bagi tahun yang anda kehendaki. Anda boleh pilih untuk print penyata tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
- Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP Guna i-Akaun Majikan