DAFTAR SYABAS ONLINE (Cara Daftar & Bayar Bil crisportal.airselangor.com)

DAFTAR SYABAS ONLINE (Cara Daftar & Bayar Bil crisportal.airselangor.com)

DAFTAR SYABAS ONLINE (Cara Daftar & Bayar Bil crisportal.airselangor.com)

Bagi warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pembayaran bil air kini menjadi semakin mudah. Dulu ramai yang guna online banking Maybank2u, CIMB dan bank-bank lain. Kini, anda boleh bayar terus menerusi laman web Air Selangor. Izinkan kami kongsi cara daftar Syabas secara online.

 

CARA DAFTAR SYABAS ONLINE

Berikut ialah panduan atau langkah-langkah mudah untuk daftar Syabas secara online:

  1. Layari portal rasmi Air Selangor di bawah laman web https://crisportal.airselangor.com.
  2. Pada kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.
  3. Pada laman seterusnya, untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas, anda perlu ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi.
  4. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
  5. Kemudian, pada ruangan untuk Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  6. Pada ruangan untuk Mobile Phone Number, terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  7. Pada ruangan untuk IC/Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
  8. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  9. Tekan butang Register. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  10. Tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas
  11. Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan linkDidn’t receive any SMS? Resend.
  12. Pendaftaran anda berjaya. Untuk login, pada skrin hadapan di kotak Login, masukkan emel anda pada ruangan untuk Email Address. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan untuk Password. Kemudian, tekan butang Login. Anda akan dapat login ke akaun anda.

MAKLUMAN

Untuk makluman, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Nama lamanya ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Oleh kerana kita sudah biasa panggil Syabas, walaupun telah ditukar nama, kita tetap panggil Syabas. Bukan Air Selangor. Jadi, kalau daftar Syabas, anda sebenarnya juga daftar Air Selangor.

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN myTNB:CARA DAFTAR TNB ONLINE GUNA PORTAL TENAGA NASIONAL(Daftar mytnb.com.my)

1 thought on “DAFTAR SYABAS ONLINE (Cara Daftar & Bayar Bil crisportal.airselangor.com)”

Leave a Comment