Semak No Akaun Bil Air Selangor RAJ Johor Sabah JBALB (Check & Bayar Online)

Semak No Akaun Bil Air Selangor RAJ Johor Sabah JBALB (Check & Bayar Online)

Semak No Akaun Bil Air

Jika anda ingi semak no akaun bil air rumah anda,berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan secara online.

 

Cara Semak No Akaun Bil Air Selangor

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

 

Hubungi pihak Air selangor di talian 15300 atau hantarkan private message kepada mereka di facebook Air Selangor. Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda. Mudah sahaja.

 

Cara Daftar aplikasi Air Selangor

Sekarang dah ada no akaun, lagi senang jika anda ada aplikasi Air Selangor kan? Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi Air Selangor:

 

  1. Muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store.
  2. Tick I Agree.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
  4. Nama penuh
  5. Email
  6. Nombor telefon
  7. Nombor kad pengenalan
  8. Masukkan kata laluan anda.
  9. Tekan Sign Up.
  10. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.

 

 

 

Cara bayar bil Air Selangor online

Terdapat beberapa cara untuk membayar bil air anda secara online. Anda boleh bayar menggunakan aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan melalui email e-bil.

 

  1. Login aplikasi bil air Selangor dengan memasukkan email dan kata laluan yang telah didaftar.
  2. Tekan Bill Payment.
  3. Masukkan no akaun bil air anda.
  4. Pilih bank untuk membuat pembayaran.
  5. Masukkan email anda pada Send Receipt To.
  6. Tekan Confirm.
  7. Online banking anda akan terpapar.
  8. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.
  9. Proses pembayaran akan dijalankan.
  10. Pembayaran selesai.
  11. Selain itu, anda juga boleh membayar bil air anda di Pos Malaysia, stesen petrol terpilih dan kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih.

 

 

 

Cara bayar bil Air Selangor melalui JomPay

Pembayaran bil air melalui JomPay juga mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

 

  1. Login ke akaun bank anda.
  2. Tekan Pay.
  3. Tekan pada JomPay dan masukkan biller code iaitu 4200.
  4. Pada Ref 1, masukkan no akaun bil air anda.
  5. Masukkan no TAC yang dihantar pada akaun anda. Anda sudah membuat pembayaran bil air anda.

 

 

Cara Semak No Akaun Bil Air SAJ Johor

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

 

Hubungi pihak Air SAJ Johor di talian 1800 88 7474 atau hantarkan private message kepada mereka di facebook SAJ Johor. Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda.

 

CARA DAFTAR BIL AIR JOHOR(PORTAL RANHILL SAJ)

 

Berikut adalah Cara Daftar di Portal Ranhill SAJ:

 

  1. Layari portal Ranhill SAJ https://ranhillsaj.com.my
  2. Klik E-BillingCheck Bil Air Online SAJ Johor
  3. Klik pautan/link New User? Register NowCek Bil Air SAJ Johor Online
  4. Account Number (Nombor Akaun) Contoh: 81234582-J25465432
  5. Name (Nama Anda sama seperti akaun)
  6. IC Number / Company Reg (Nombor Kad Pengenalan) Contoh: 810225012345
  7. E-mail Address (Alamat emel Anda)
  8. HP Number (Nombor Handphone Anda)
  9. Home Number (Nombor telefon rumah Anda, jika takde jangan di isi)
  10. Office Number (Nombor pejabat Anda, jika takde jangan di isi)
  11. Pilih Account Type, klik Submit
  12. Anda akan menerima email pengesahan dari SAJ. Sila klik link dalam email tu, untuk proses pengesahan untuk aktifkan akaun Anda.

 

 

 

 

SEMAKAN BIL AIR JOHOR ONLINE(PORTAL RANHILL SAJ)

 

Berikut adalah cara check bil air online SAJ Johor, sila guna langkah di bawah:

 

  1. Layari https://ranhillsaj.com.my
  2. Klik E-Billing
  3. Masukkan Username dan Password, klik Sign In
  4. Anda akan di bawa ke halaman Dashboard SAJ
  5. Jika Anda mempunyai tunggakan atau bil, maklumat amaun akan di paparkan di bahagian Outstanding BalanceCek
  6. Sila klik Pay Now untuk bayar bil air melalui online transfer
  7. Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.
  8. Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.
  9. Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.

 

Cara Semak No Akaun Bil Air Sabah

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

 

Hubungi pihak Air Sabah  di talian +60-88-326888 (Careline)  atau hantarkan private message kepada mereka di facebook Air Sabah. Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda.

 

 

Cara Semak No Akaun Bil Air Sarawak JBALB

Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

 

Hubungi pihak JBALB di Careline: 019-8047342/8047642  atau hantarkan private message kepada mereka di facebook JBALB. Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda.

 

ARTIKEL LAIN

DAFTAR SYABAS ONLINE (Cara Daftar & Bayar Bil crisportal.airselangor.com)