CARA GUNA JOMPAY (BSN Maybank CIMB)

CARA GUNA JOMPAY (BSN Maybank CIMB)

CARA GUNA JOMPAY

Pada zaman teknologi kini, transaksi atas talian membantu anda membuat pembayaran tanpa perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan. Hanya menggunakan telefon, urusan anda dapat diselesaikan.

Salah satu nya perkhidmatan JomPay yang terdapat pada online banking. Disini kami akann kongsikan cara penggunaan JomPay, semoga membantu.

 

APA ITU JOMPAY

JomPay merupakan satu inisiatif nasional yang disokong oleh bank-bank di Negara Malaysia bagi menyediakan satu kaedah pembayaran melalui online.

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda dapat menikmati pembayaran bil menggunakan dana dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kad kredit anda. Dengan menggunakan JomPay, segala transaksi dan pembayaran bil anda akan lebih cepat, selamat dan mudah.

 

SEMAKAN BILLER CODE JOMPAY 

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran bil online, seharusnya anda mengetahui biller code JomPay terlebih dahulu. Berikut adalah cara membuat semakan:

  1. Layari pautan JomPAY: https://jompay.com.my/index.html.
  2. Tekan pada Personal dan tekan Find Biller Codes.
  3. Pada kotak carian, taipkan kata kunci Bil yang ingin anda cari (contoh TNB), tekan butang Search.
  4. Hasil carian akan terpapar berserta dengan biller code. (Contoh kod TNB adalah 5454)
  5. Anda boleh simpan code tersebuta untuk digunakan semasa pembayaran online.

 

CARA GUNA JOMPAY BSN

Berikut adalah cara pengguna perkhidmatan JomPay online banking BSN (myBSN):

  1. Log masuk myBSN: https://www.mybsn.com.my/
  2. Klik Bill Payment
  3. Pilih Utilities
  4. Payee Name, Pilih TNB.
  5. From Account, Pilih account mana yang ingin Anda gunakan untuk bayar.
  6. Payment to, Pilih New Biller
  7. Masukkan kod TNB iaitu 5454.
  8. Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
  9. Request TAC, masukkan TAC yang diterima
  10. Klik Submit, selesai.

 

CARA GUNA JOMPAY MAYBANK

Berikut adalah cara pengguna perkhidmatan JomPay online banking Maybank (Maybank2u):

  1. Layar pautan Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Sila masukkan username dan password Maybank2u.
  3. Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
  4. Pilih Pay From – dari akaun yang Anda mahu.
  5. Pay To: Pilih JomPay
  6. Bileer code: masukkan 5454(TNB)
  7. Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil air.
  8. Account No: Masukkan no akaun pada bil air Anda.
  9. Effective Date: Pilih tarikh terkini.
  10. Klik butang Pay
  11. Request TAC dan masukkan no TAC yang diterima
  12. Selesai

CARA ADD & DELETE  FAVOURITE AKAUN JOMPAY (Guna Maybank2u.com)

  1. Layar pautan Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/
  2. Sila masukkan username dan password Maybank2u.
  3. Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
  4. Pada bahagian Pay to, pilih JomPay
  5. klik pada bahagian My Favorites > Add New Favourite
  6. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan:
    • Nickname
    • Biller Code
    • Ref-1 – No akaun
    • Ref-2 (sekiranya berkenaan)
  7. setelah lengkap klik Add. Kemudian klik request TAC dan masukkan Tac yang diterima
  8. Anda telah selasai ADD Favourite anda
  9. Sekiranya anda ingin delete fovourite tersebut, pada bahagian My Favorites, klik pada tiga titik pada favourite yang anda ingin delete
  10. Kemudian pilih remove favorite dan klik sekali lagi remove favorite
  11. Anda telah selesai REMOVE fovorite anda

 

CARA GUNA JOMPAY CIMB BANK

Berikut adalah cara pengguna perkhidmatan JomPay online banking CIMB (cimbClicks):

  1. Layari cimbclicks: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Masukkan username dan password CIMB Clicks Anda.
  3. Klik Pay & Transfer
  4. Pilih JomPAY
  5. Masukkan kod JomPAYd i bahagian To (Enter Biller Code TNB -5454).
  6. From: Pilih Accountyang mahu Anda gunakan untuk bayar.
  7. Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
  8. Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
  9. Klik Make Payment
  10. Request TAC, masukkan TAC yang diterima
  11. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

Semak No Akaun Bil Air Selangor RAJ Johor Sabah JBALB (Check & Bayar Online)

2 thoughts on “CARA GUNA JOMPAY (BSN Maybank CIMB)”

Leave a Comment