CARA DAPATKAN BANK STATEMENT CIMB BANK(Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT CIMB BANK(Penyata Kewangan)

PENYATA CIMB BANK

Sekiranya anda pelanggan kepada CIMB Bank dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata bank, semoga membantu.

 

APA ITU PENYATA BANK

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

 

KAEDAH DAPATKAN PENYATA CIMB BANK

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement CIMB Bank iaitu:

  • CIMB Clicks
  • ATM
  • Cawangan

 

CARA DAPATKAN PENYATA CIMB BANK GUNA CIMB CLICKS

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

Cara 1:

  1. Layari pautan CIMB Clicks dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama klik 3 tanda bertitik, pilih View/Download eStatement
  3. Kemudian sistem akan paparkan statement, anda boleh pilih ikut bulan yang anda kehendaki
  4. Klik download icon untuk muat turun statement anda ke laptop atau phone

Cara 2:

  1. Layari pautan CIMB Clicks dan log masuk ke akaun anda
  2. Kemudian di dalam website cimb klik pada bahagian Services
  3. Selepas itu klik pada View E-Statement
  4. Pilih bulan manakah statement atau penyata yang anda inginkan
  5. Kemudian klik icon download untuk muat turun statement cimb anda
  6. Selesai dapatkan penyata atau statement bank anda

 

CARA DAPATKAN PENYATA CIMB BANK MELALUI EMAIL

Untuk melihat eStatement anda melalui e-mel, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Log masuk ke CIMB Clicks
  2. Pilih My Account> eStatement> Email Statement Delivery.
  3. Berikan alamat e-mel dan kata laluan Anda.
  4. Terima Terma dan Syarat.
  5. Buat pengesahan TAC dan klik Confirm
  6. Pihak CIMB akan berikan ataupun hantarkan penyata kepada Anda melalui email yang Anda masukkan.

 

CARA DAPATKAN PENYATA CIMB BANK DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter CIMB Bank, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan CIMB Bank berhampiran anda
  2. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
  4. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN CIMB BANK

Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?

  • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)

Adakah muat turun penyata ini selamat?

  • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?

  • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
  • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Statement CIMB Bank, anda boleh hubungi Customer Service CIMB Bank di talian 03-6204 7788

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment