CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK RAKYAT(Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK RAKYAT(Penyata Kewangan)

PENYATA BANK RAKYAT

Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Rakyat dan ingin mendapatkan penyata akaun bank anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata bank, semoga membantu.

 

APA ITU PENYATA BANK

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Penyata bank memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda seperti transaksi bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

 

KAEDAH DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan statement Bank Rakyat iaitu:

  • i-Rakyat
  • ATM
  • Cawangan

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT GUNAi-RAKYAT

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari pautan i-Rakyat dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu, pilih e-Statement
  3. Kemudian, pilih Account / Card
  4. Pilih penyata daripada bulan tertentu
  5. Klik Open untuk melihat penyata
  6. Anda juga boleh memilih untuk Save dan Print penyata kewangan tersebut. Selesai

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT DI ATM

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan penyata Bank menggunakan ATM iaitu:

  1. Kunjungi cawangan ATM Bank Rakyat berhampiran anda
  2. Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
  3. Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
  5. Pada pilihan Menu, pilih “Lain-lain Urusniaga / Others”
  6. Pilih Khidmata Penyata
  7. Pilih Penyata Mini
  8. Pilih Cetak
  9. Seterusnya klik Cetak. Ambil penyata mini tersebut

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK RAKYAT DI CAWANGAN

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata di kaunter, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran anda
  2. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  3. Beritahu pegawai bank bahawa anda ingin print penyata bank
  4. Pegawai bank tersebut akan membantu anda print penyata bank.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN BANK RAKYAT

Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?

  • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)

Adakah muat turun penyata ini selamat?

  • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?

  • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
  • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai statement akaun Bank Rakyat, anda boleh hubungi Customer Service di talian 1-300-80-5454

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment