e-LELONGAN AR-RAHNU BANK RAKYAT (Cara Daftar & Beli Emas Lelong)

e-LELONGAN AR-RAHNU BANK RAKYAT (Cara Daftar & Beli Emas Lelong)

e-LELONGAN AR-RAHNU

Kepada anda yang ingin mengetahu tentang lelongan emas dan membuat bidaan emas, kini Bank Rakyat telah memperkenal e-Lelongan Ar-Rahnu yang boleh dibuat hanyar secara atas talian sahaja. Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda daftar terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk daftar dan membuat bidaan, semoga membantu.

 

APA ITU e-LELONGAN AR-RAHNU

e-Lelong Ar-Rahnu merupakan platform lelongan secara dalam talian yang telah diperkenalkan oleh Bank Rakyat bagi membolehkan pelanggan membuat bidaan barangan kemas atau barangan emas Pajak Gadai-i di mana-mana sahaja tanpa gangguan dan tekanan.

 

MAKLUMAT BOLEH DIAKSES e-LELONGAN AR-RAHNU

Para pelanggan yang berdaftar boleh mengakses maklumat dengan lebih mendalam mengenai butiran:

  • Barang lelongan
  • Rekod transaksi lepas
  • Tempat lelongan barangan
  • Harga rizab

Nota: Identiti pembida akan dirahsiakan yang mana secara tidak langsung meningkatkan ketelusan dan integriti proses lelongan.

 

TARIKH BUKA LELONGAN e-LELONGAN AR-RAHNU

Lelongan yang dijangka berlangsung setiap bulan pada 20 atau 21 haribulan* (tertakluk pada Cawangan atau Ar-Rahnu X’Change yang terlibat) dan maklumat lanjut lelongan akan diumum dalam media sosial Bank Rakyat.

*Tarikh lelongan akan berubah kepada hari berikutnya sekiranya tarikh lelongan sebenar jatuh pada hari cuti mingguan atau cuti awam.

 

TEMPOH BIDAAN e-LELONGAN AR-RAHNU

Tempoh bidaan yang dipamerkan boleh dirujuk di dalam Laman Sesawang secara masa sebenar (“real-time”) dan boleh diakses/membuat bidaan dalam tempoh bidaan, 24jam sehari melainkan berlaku penyelenggaraan sistem (“system maintainance”), kegagalan sistem, dan faktor luaran yang di luar kawalan Bank Rakyat. Waktu tamat lelongan adalah 3 hari waktu bekerja (jam 11:59 mlm pada hari terakhir) selepas waktu lelongan dibuka.


KELAYAKAN DAFTAR e-LELONGAN AR-RAHNU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Daftar secara atas talian sebagai pengguna berdaftar Laman Sesawang
  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
  • Status tidak muflis
  • Tiada rekod AMLA (“Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA”)
  • Bukan wargakerja Bank Rakyat

 

CARA DAFTAR e-LELONGAN AR-RAHNU BANK RAKYAT

Berikut adalah merupakan panduan pendaftaran bagi pengguna kali pertama iaitu:

  1. Layari pautan pendaftaran https://arrahnueauction.bankrakyat.com.my/account/register
  2. Isikan segala butiran maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Nama penuh seperti dalam kad pengenalan
    • Nombor kad pengenalan
    • Tarikh lahir diisi secara automatik berdasarkan rekod nombor pengenalan.
    • Nombor telefon dan e-mel.
  3. Tekan butang ‘Request OTP’ dan anda akan menerima nombor OTP pada telefon bimbit anda. Masukkan nombor OTP yang diterima. ekan Butang ‘Sahkan OTP’
  4. Masukkan nama dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Tandakan pada klausa APDP dan Terma dan Syarat kemudian tekan butang ‘Daftar’
  6. Notis pendaftaran berjaya akan dipaparkan
  7. Anda akan menerima e-mel pengesahan, tekan butang ‘Sahkan’ untuk melengkapkan pendaftaran.
  8. Sila log masuk menggunakan nama dan kata laluan yang didaftarkan.

 

CARA MEMBIDA e-LELONGAN AR-RAHNU BANK RAKYAT

Setelah selesai pendaftaran, berikut adalah merupakan panduan untuk membida iaitu:

  1. Layari pautan Log Masuk: https://arrahnueauction.bankrakyat.com.my/account/login
  2. Pada menu utama, tekan butang ‘Katalog’
  3. Pada menu di sebelah kiri laman katalog, anda boleh menapis item emas mengikut pilihan negeri atau cawangan, purata harga dan jenis emas.
  4. Tekan pada item pilihan untuk membuat
  5. Masukkan jumlah bidaan (Sistem akan meningkat secara automatik mengikut jumlah minimum).
  6. Tekan butang ‘Bid’ untuk membuat bidaan.
  7. Notis ‘Bida Berjaya’ akan dipaparkan sekiranya bidaan berjaya.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) e-LELONGAN AR-RAHNU

Adakah pembida akan dikenakan bayaran untuk menyertai e-Lelong Ar-Rahnu Bank Rakyat?

  • Yuran sebanyak RM5.00 dikenakan kepada pembida berjaya/wakil pembida berjaya. Yuran tersebut perlu dibayar oleh pembida berjaya/wakil pembida berjaya semasa pengambilan barang bidaan di cawangan Bank Rakyat /Ar-Rahnu X’Change yang terlibat.

Adakah pembida dibenarkan untuk membuka lebih dari satu peranti pada satu masa?

  • ID pembida sebagai pengguna berdaftar hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu masa sahaja.

Adakah pembida akan diberikan kata laluan yang baru sekiranya pembida terlupa kata laluan?

  • Sekiranya pembida lupa kata laluan, pembida perlu memohon kata laluan sementara di sistem e-Lelong Ar-Rahnu Bank Rakyat (“sistem”). Kata laluan sementara akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan di sistem.

Di mana pembida boleh melihat barang lelongan?

  • Katalog lelongan seperti gambar, berat, mutu dan jenis barang kemas/barangan emas yang dilelong akan dipaparkan di dalam sistem di Laman Sesawang.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-Lelong Ar-Rahnu Bank Rakyat, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://arrahnueauction.bankrakyat.com.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

4 thoughts on “e-LELONGAN AR-RAHNU BANK RAKYAT (Cara Daftar & Beli Emas Lelong)”

Leave a Comment