CARA GUNA LOGIN LOKASI AR-RAHNU TEKUN (Semak Kadar Margin Nilai Pembiayaan)
Sekiranya anda ingin menggadaikan emas, semestinya anda akan gadaikan kepada penggadai yang berkonsepkan patuh syariah. Anda boleh cuba membuat pembiayaan gadaian melalui AR-Rahnu Tekun. Disini kami kongsikan caranya dan maklumat mengenai margin dan nilai pembiayaan, semoga membantu.
APA ITU AR-RAHNU TEKUN
AR RAHNU TEKUN adalah satu produk pembiayaan semula gadaian patuh Syariah jangka pendek (Tawarruq) di mana pelanggan / usahawan akan mencagar barangan emas atau barang kemas mengikut jenis emas yang diterima (rujuk senarai Emas) sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan. Kemudahan ini adalah berlandaskan kontrak Syariah, iaitu Tawarruq, dan Rahn di bawah pengurusan Jabatan AR RAHNU TEKUN dan dipantau oleh Jabatan Syariah TEKUN Nasional.
SYARAT KELAYAKAN AR-RAHNU TEKUN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Waras dan berakal
- Warganegara Malaysia
- Bukan warganegara ( Mempunyai dokumen sokongan seperti: passport perjalanan yang sah dan belum tamat tempoh, mempunyai visa/permit/pas yang sah serta mempunyai alamat tempat tinggal dan nombor telefon di Malaysia )
CIRI PEMBIAYAAN AR-RAHNU TEKUN
Berikut adalah merupakan ciri pembiayaan ini:
- Margin sehingga 80%* daripada nilai marhun;
- Jumlah minima adalah RM100.00;
- Jumlah pembiayaan gadaian maksimum untuk seorang individu adalah sehingga RM300,000.00*
TEMPOH PEMBIAYAAN AR-RAHNU TEKUN
Berikut adalah merupakan tempoh pembiayaan:
- Tempoh Pembiayaan: Enam (6) bulan
- Tempoh Lanjutan: 6 bulan + 6 bulan
Nota: Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama lapan belas (18) bulan. Pelanggan perlu menyelesaikan Jumlah Keuntungan bagi setiap enam (6) bulan untuk meneruskan tempoh pembiayaan enam (6) bulan berikutnya.
CARA PEMBIAYAAN GADAIAN AR-RAHNU TEKUN
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembiayaan gadaian ini:
- Hadir ke mana-mana cawangan berhampiran anda
- AR RAHNU TEKUN Shah Alam
- AR RAHNU TEKUN Wangsa Maju
- AR RAHNU TEKUN Semenyih
- AR RAHNU TEKUN Sentul
- AR RAHNU TEKUN Alor Setar
- AR RAHNU TEKUN Tawau
- AR RAHNU TEKUN Kota Bharu
- AR RAHNU TEKUN Bandar Baru Uda
- AR RAHNU TEKUN Tanah Merah
- Pinjaman dari hasil gadaian akan dibayar secara tunai di kaunter AR RAHNU TEKUN.
- Anda perlu menyimpan resit gadaian bagi tebusan dan bayaran balik pinjaman.
WAKTU OPERASI AR-RAHNU TEKUN
Berikut adalah merupakan waktu operasi:
SEMENANJUNG MALAYSIA: (Kecuali Kelantan, Terengganu, Johor Bahru & Alor Setar) | SEMENANJUNG MALAYSIA: (Kelantan, Terengganu, Johor Bahru & Alor Setar) | (SABAH/SARAWAK) |
Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 4:30 petang Jumaat : 9.00 pagi-12.30 tengahari; 2.30 petang – 4.00 petang Sabtu: 9.00 pagi – 1.30 tengahari
Cuti : Ahad/Cuti Umum | Ahad – Rabu: 9.00 pagi – 4:30 petang Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang Sabtu: 9.00 pagi – 1.30 tengahari
Cuti : Jumaat/Cuti Umum | Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 4.00 petang Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 tengahari; 2.00 petang – 3.30 petang Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 tengahari
Cuti : Ahad/Cuti Umum |
SOALAN LAZIM (FAQ) AR-RAHNU TEKUN
Apakah fi dan upah gadaian yang perlu saya bayar?
- Upah simpan ( Ujrah ) bagi barang gadaian RM0.50* setiap RM100.00 nilai marhun
Apakah konsep syariah yang digunapakai?
- Qardh Diguna pakai dalam pembiayaan gadaian kepada pelanggan.
- Rahn Pelanggan mencagarkan Emas kepada AR RAHNU TEKUN untuk tujuan cagaran pinjaman.
- Wadiah Yad Dhamanah Diguna pakai ketika AR RAHNU TEKUN menyimpan Emas.
- Fi penyimpanan dikenakan ke atas pelanggan untuk memastikan barang gadaian dalam keadaan baik dan selamat.
- Ujrah Upah simpanan emas yang dikenakan kepada pelanggan mengikut nilainya dan tempoh simpanan
Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi kewajipan-kewajipan saya?
- Sekiranya anda gagal membayar jumlah terhutang pada akhir tempoh, pihak AR RAHNU TEKUN mempunyai hak untuk menjual Emas bagi melangsaikan jumlah pinjaman dan fi penyimpanan yang dikenakan atau apa-apa kos lain yang berkaitan.
- Wang lebihan selepas potongan hutang, upah tertunggak, kos lelong dan lain-lain kos berkaitan (jika ada) akan dibayar kepada anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Ar-Rahnu Tekun, anda boleh melayari website rasmi TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ms/
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR BELI JUAL EMAS GUNA EASIGOLD (Bank Muamalat)
1 thought on “CARA GUNA LOGIN LOKASI AR-RAHNU TEKUN (Semak Kadar Margin Nilai Pembiayaan)”