CARA CHECK DEFECT RUMAH BARU (Berapa Kos & Harga)

CARA CHECK DEFECT RUMAH BARU (Berapa Kos & Harga)

CHECK DEFECT RUMAH BARU

Sekiranya anda baru beli rumah dan telah menerima kunci rumah, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah periksa defect rumah terlebih dahulu. Ini kerana bagi memastikan keadaan rumah yang anda terima tanpa apa masalah dan kerosakan.Untuk makluman anda, kepada pembeli rumah baru terdapat tempoh Defect Liability Period (DLP) untuk pemaju menyelesaikan masalah atau kerosakan yang terdapat pada rumah baru anda. Disini kami akan kongsikan cara check defect rumah baru, semoga membantu.

 

APA ITU DEFECT LIABILITY PERIOD (DLP)

Defect Liability Period (DLP) ini adalah tempoh yang menjadi tanggungjawab pemaju untuk membaikpulih sebarang kerosakan hartanah iaitu bermula dari tarikh anda terima hak milik mutlak kekosongan serta kunci hartanah anda sehingga waktu-waktu tertentu. DLP ini ibarat konsep warranty atau jaminan bagi sesuatu barang yang anda beli.

 

KENAPA HARUS CHECK DEFECT RUMAH BARU

Berikuta adalah merupakan anatar sebab anda perlu check:

  1. Pemaju akan memberi satu borang kecacatan yang perlu diisi oleh tuan rumah selesan diserahkan kunci rumah. Borang ini akan menyatakan tentang kecacatan yang terdapat pada rumah baru tersebut.
  2. Ada situasi dimana pemaju mengesa tuan rumah untuk mengisi borang dengan cepat. Ruangan laporan pun disediakan hanya sedikit walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.
  3. Tuan rumah berhak untuk menyatakan kesemua kecacatan/ defect yang ada.
  4. Perjanjian jual beli rumah akan mempunyai klausa Defect Liabilities Period (DLP) dimana pihak pemaju wajib memperbaiki segala kecacatan yang dijumpai/disedari dalam tempoh DLP. Biasanya DLP dalam tempoh 24 bulan.
  5. Kecacatan ini wujud atau terjadi disebabkan kelalaian dan kecuaian pihak pemaju.

 

ALATAN DIPERLUKAN CHECK DEFECT RUMAH BARU

Berikut adalah merupakan alatan yang diperlukan periksa Defect Rumah Baru:

  • Pen penanda (marker pen) dan kertas
  • Pita pelekat (masking tape)
  • Kerusi pendek/tangga
  • Tali pengukur (measuring tape)
  • Perjanjian jual beli dengan pelan lantai
  • Batang pengetuk/Playar hidup
  • Kamera dan lampu suluh
  • Alat elektroknik

 

BAHAGIAN CHECK DEFECT RUMAH BARU

Berikut adalah merupakan bahagian yang perlu di periksa:

  • Kecacatan dinding & lantai
  • Kecacatan jubin
  • Kecacatan pintu & tingkap
  • Kecacatan cat
  • Paip air & aksesori
  • Periksa tekanan air / kefungsian
  • Periksa kefungsian plug elektrik
  • Periksa air bertakung
  • Kesan bumbung bocor pada siling
  • Kecacatan siling
  • Kecacatan dinding
  • Pemeriksaan luar/keliling rumah
  • Dan lain-lain (jika difikirkan perlu)

 

CARA LAPORKAN KEROSAKAN RUMAH BARU

Pemeriksaan kerosakan boleh dibuat oleh pemilik sendiri walaubagaimanapun sebaiknya menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat kerana ia memerlukan kemahiran yang spesifik.

Setelah pemeriksaan dibuat, tuanb rumah akan menerima:

  • Laporan kecacatan beserta gambar. (lokasi defect + gambar)
  • Surat kepada pemaju.

Berikut adalah merupakan antara syarikat yang menawarkan khidmat periksa kecacatan rumah baharu:

  • Acepro Home Inspection
  • Canaan Building Inspection
  • Defect Squad
  • Home Inspection Malaysia
  • I-Home Inspector
  • Malaysia Defects Inspection Service
  • Property Defect Solution
  • Servis Hero
  • Top Haus Home Inspection
  • Rekapasang
  • Defect Expert

Kadar harga Periksa Kecacatan Rumah baru

  • Kadar harga mungkin berbeza antara setiap syarikat berdasap proses periksa yang dijalankan dan juga mengikut lokasi, keluasan dan ketinggian rumah.

 

TEMPOH PEMAJU UNTUK BAIK PULIH KEROSAKAN RUMAH

  • Pemaju seharusnya mengambil tindakan dalam tempoh selama 30 hari selepas laporan dterima. Sekiranya tiada tindakan pemaju, tuan rumah adalah disyorkan untuk menghantar surat ulangan kedua.
  • Sekiranya masih tiada tindakan, tuan rumah boleh membawa perkara kepada pihak Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) yang berdekatan negeri tuan rumah.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT ELAUN PINDAH RUMAH ( Beli Guna LPPSA )

2 thoughts on “CARA CHECK DEFECT RUMAH BARU (Berapa Kos & Harga)”

Leave a Comment