NO HOTLINE KPDNHEP (NO TELEFON BUAT ADUAN)

NO HOTLINE KPDNHEP (NO TELEFON BUAT ADUAN)

NO HOTLINE ADUAN KPDNHEP

Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku oleh peniaga boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  1. Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) 03-8882 6088/6245
  2. Talian Hotline KPDNHEP; 1-800-886-800
  3. Aplikasi; Ez ADU KPDNHEP
  4. WhatsApp; 019-848 8000 / 019-279 4317
  5. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  6. Emel; [email protected]

 

KPDNHEP KONGSIKAN CARA BUAT ADUAN DAN TUNTUTAN JIKA DITIPU PEMBELIAN ONLINE

Dunia sekarang ini memang tidak dapat lari dari “SCAM” ataupun penipuan bukan sahaja secara online secara bersemuka pun ramai yang ditipu!Tetapi yang paling kerap sekali berlaku adalah scam bagi pembelian atas talian.

Ada kes sudah buat pembayaran,tetapi barang tidak dapat.Ada juga yang dapat barang tetapi tidak sama seperti dopesan.Memang begitulah risiko apabila membeli di atas talian.Tapi ramai tak tahu sebenarnya kita boleh buat aduan dan tuntutan terhadap penipuan tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara yang betul untuk buat aduan dan tuntutan pembelian online sekiranya ditipu.

 

NAK BUAT ADUAN TAPI TIADA BUKTI?

Untuk memudahkan urusan selepas ini,anda diminta untuk ambil perhatian tips yang hendak dikongsikan ini.

  • Simpan segala bahan komunikasi dan transaksi bagi pembelian online bagi memudahkan proses tuntutan dan aduan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini
  • Maklumat tersebut digalakkan untuk disimpan sehingga barang yang dipesan sampai atau selepas tamat tempoh waranti jika berkaitan

 

BUKTI YANG PERLU DISIMPAN

Antara bukti yang boleh disimpan secara hardcopy atau softcopy bagi memudahkan buat aduan adalah:

  • Tred komunikasi dari emel/WhatsApp/Telegram/Wechat/Messenger
  • Maklumat barang seperti dalam iklan
  • Resit pembayaran online
  • Maklumat Kurier dan nombor pengesahan kurier

Dengan bukti-bukti yang ada,anda boleh buat aduan salah laku kepada saluran aduan KPDNHEP

 

JENIS  ADUAN PEMBELIAN ONLINE YANG BOLEH DIBUAT

Penipuan pembelian online kini bukan lagi perkara yang biasa. Anda sebenarnya boleh buat aduan dan tuntutan KPDNHEP sekiranya berlaku penipuan online dengan bukti-bukti yang ada.

Antara kes pembelian online yang boleh anda buat aduan adalah:

  • Penipuan transaksi online
  • Order lain, dapat lain
  • Dapat barang tiruan
  • Barang yang dipesan tidak dapat
  • Lain-lain aduan penipuan

 

ADUAN JELAS TENTANG HARGA

  • Maklumat Lokasi Premis
  • Simpan gambar berkaitan (jika perlu)
  • Kenal pasti jenis barang/Servis
  • Simpan bukti bayaran
  • Masa dan tarikh kejadian

 

CARA MEMBUAT ADUAN

Aduan kepada KPDNHEP boleh dilakukan secara atas talian dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web aduan.kpdnhep
  2. Klik ADUAN KEPENGGUNAAN
  3. Daftar Pengguna Baru bagi yang pertama kali buat aduan
  4. Log masuk seperti biasa
  5. Klik +Aduan Baru
  6. Masukkan kategori aduan yang anda ingin lakukan dan isikan maklumat lengkap anda
  7. Setelah selesai,hantar aduan anda dan buat semakan status aduan dari masa e semasa

SEMOGA INFO No hotline Aduan KPDNHEP ini MEMBANTU ANDA SEMUA

 

ARTIKEL LAIN

CARA CHECK DEFECT RUMAH BARU (Berapa Kos & Harga)

1 thought on “NO HOTLINE KPDNHEP (NO TELEFON BUAT ADUAN)”

Leave a Comment