SEMAK PLAN FIBER TERBAIK (Check Harga & Pakej)

SEMAK PLAN FIBER TERBAIK (Check Harga & Pakej)

PLAN FIBER

Pada kecanggihhan zaman berteknologi ini, keperluan penggunaan internet amat menggalakkan bagi memudahan sesuatu urusan hanya atas talian sahaja. Anda sebagai pengguna seharusnya ingin memilih plan fiber yang terbaik bedasarkan kemampuan anda. Disini kami kongsikan kadar harga dan pakej yang ditawarkan bagi plan fiber yang ada, semoga membantu.

 

SEMAK PLAN FIBER UNIFI

UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang baru dengan menggunakan gentian optik. Ia mampu menyokong  data jalur lebar sehingga  20Mbps untuk aplikasi Internet, Suara dan Internet Protocol TV (IPTV). Kini anda boleh menikmati muat turun sehingga 120 GB  sebulan dan muzik muat turun, video dan fail dalam serendah 8 saat untuk fail MP3 5MB. Berikut adalah merupakan pakej yang ditawarkan:

  • Pakej Unifi TM 800 Mpbs – RM349 Sebulan
  • Pakej Unifi TM 500 Mpbs – RM249 Sebulan
  • Pakej Unifi TM 300 Mpbs – RM199 Sebulan
  • Pakej Unifi TM 100 Mpbs + TV Box – RM189 Sebulan
  • Pakej Unifi TM 100 Mpbs – RM129 Sebulan
  • Pakej Unifi TM 30 Mbps + TV Box – RM149

 

SEMAK PLAN FIBER ASTRO

Astro Fibre ialah perkhidmatan internet Astro yang membolehkan anda menikmati kandungan Astro sambil kekal berhubung dengan jalur lebar berkelajuan tinggi. Anda akan menikmati diskaun dengan memilih kelajuan jalur lebar yang anda inginkan daripada 50 Mbps hingga 800 Mbps untuk mengiringi pakej Astro TV anda.

Berikut adalah merupakan pakej yang ditawarkan Astro Fibre:

  • Astro Fibre 800Mbps – RM249 sebulan
  • Astro Fibre 500Mbps – RM189 sebulan
  • Astro Fibre 100Mbps – RM129 sebulan
  • Astro Fibre 50Mbps – RM99 sebulan

 

SEMAK PLAN FIBER TIME

TIME Fibre Unlimited Home Broadband adalah perkhidmatan akses internet berkelajuan tinggi yang dibawa kepada anda oleh TIME dotCom Berhad (dirujuk sebagai “TIME”). Perkhidmatan ini menawarkan kestabilan internet dan berkelajuan tinggi dan menggunakan kabel fiber optik. Dengan jalur lebar yang berkelajuan tinggi, ia sangat sesuai untuk menyokong kebanyakan aplikasi jalur lebar seperti suara, melayari web, streaming video, e-dagang dan aplikasi berasaskan Internet yang lain tanpa had penggunaan. Berikut adalah merupakan pakej yang ditawarkan

  1. Pelan Bagi kediaman
    • TIME Fibre 1 Gbps Home Broadband – RM199 sebulan
    • TIME Fibre 500 Mbps Home Broadband – RM189 sebulan
    • TIME Fibre 300Mbps Home Broadband – RM139 sebulan
    • TIME Fibre 100Mbps Home Broadband – RM99 sebulan
  2. Pelan bagi Bisnes
    • TIME Fibre Business Internet 100 Mbps – RM398 sebulan
    • TIME Fibre Business Internet 50 Mbps – RM338 sebulan
    • TIME Fibre Business Internet Basic 20Mbps – RM218 sebulan

 

SEMAK PLAN FIBER MAXIS

Maxis fibre ialah internet jalur pantas yang dihubungkan menggunakan kabel fibre (gentian optik) sama seperti Unifi Fibre. Ia menggunakan kabel fibre yang disediakan oleh TM selaku pemilik dan penyedia kemudahan kabel fibre utama di Malaysia. Maxis Fibre menyediakan pakej langgan internet jalur lebar bermula dengan kelajuan 30Mbps sehingga 800Mbps. Semua pakej ini adalah pakej internet tanpa had (Unlimited). Berikut adalah merupakan pakej yang ditawarkan:

  1. Maxis Home Fibre 800MBPS – RM299 sebulan
  2. Maxis Home Fibre 500MBPS – RM219 sebulan
  3. Maxis Home Fibre 300MBPS – RM149 sebulan
  4. Maxis Home Fibre 100MBPS – RM129 sebulan
  5. Maxis Home Fibre 30MBPS – RM89 sebulan

 

ARTIKEL LAIN

CARA LANGGAN SISM40 (Daftar Skim Internet Selangor M40 2022)

CARA BUAT ADUAN SKMM (Jika Liputan Internet Kawasan Anda Lemah)

 

1 thought on “SEMAK PLAN FIBER TERBAIK (Check Harga & Pakej)”

Leave a Comment