Cara Beli Kereta Terpakai (Berapa Interest & Semak Harga)

Cara Beli Kereta Terpakai (Berapa Interest & Semak Harga)

Cara Beli Kereta Terpakai

Cara Beli Kereta Terpakai Direct Owner

Untuk membeli kereta terpakai direct owner anda boleh lakukan dengan 2 Cara:

  1. Loan Bank
  • Dapatkan butiran jenis kereta
  • Butiran pemilik keretanya
  • Check condition dan test drive kereta itu dulu sebelum beli.
  • Bincangkan harga dan dapatkan persetujuan serta segala apa yang patut daripada owner.
  • Jika semuanya dipersetujui bolehlah proceed untuk buat loan dengan bank.
  • Cari bank yang boleh buat loan untuk kereta terpakai dengan pembelian direct owner (bukan semua bank ada buat perkhidmatan ini, jadi kena usaha cari dan buat research).
  • Sediakan dokumen-dokumen penting untuk submit loan bank. Antaranya adalah:
  • Gambar kereta yang nak dibeli.
  • Geran kereta.
  • Salinan kad pengenalan owner kereta.
  • Salinan kad pengenalan anda.
  • Salinan lesen memandu anda.
  • Penyata gaji anda (selalunya 3 bulan terkini).
  • Borang permohonan berkaitan pembelian kereta terpakai daripada bank yang anda nak buat loan.

 

  • Submit semua dokumen yang diperlukan pada bank yang telah anda berurusan untuk buat loan kereta.
  • Tunggu proses kelulusan loan kereta anda dalam masa 1 minggu hingga 2 minggu (bergantung keadaan).
  • Bila loan anda dah diluluskan, sila hadir ke PUSPAKOM terlebih dahulu untuk pemeriksaan kenderaan.
  • Jika pihak PUSPAKOM dah bagi green light, bolehlah buat insurans untuk kereta itu di mana-mana agen insurans kenderaan.
  • Pergi ke JPJ untuk buat road tax kereta dan tukar penama pada geran kereta.
  • Selesai

 

  1. Bayar CASH
  • Buat pencarian kereta yang anda nak beli dan kenalpasti siapa pemiliknya.
  • Bila dah jumpa kereta dan tuan kereta, check dulu keadaan kereta itu dan test drive.
  • Kalau rasa puas hati dengan keadaan kereta itu, bincanglah dengan owner kereta pasal harga yang nak dijual.
  • Andai kata dah bersetuju dengan harga dan segala perkara yang telah dibincangkan, buatlah pembayaran kereta itu secara cash dan full payment.
  • Dapatkan geran dan dokumen berkaitan kereta yang dah dibeli itu untuk proses tukar nama pada geran.
  • Pergi buat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.
  • Bila keputusan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM itu dah lulus, bolehlah ke JPJ untuk tukar nama pada geran.
  • Andai kata road tax dan insurans kereta itu dah tamat tempoh, hidupkanlah sekali ya nanti.

 

 

Cara Beli Kereta Terpakai Melalui Agent / Kedai

 

  1. Buat carian dan research online
  • Platform carian oline yang boleh anda gunakan
  • my
  • Carsome
  • Carlist
  • CariCarz

 

  • Dengan carian dan belian secara online ini anda boleh elakkan dari kena tipu. Sebab kebanyakkan syarikat kereta terpakai ini yang dah berbayar dan memang ramai gunakan.
  • Setiap laman web ini dah letak siap-siap maklumat pasal kereta itu. Kalau nak lebih details mungkin kena PM tepi lah dengan car dealer semua ini.

 

Tips Cara Beli Kereta Terpakai.

  1. Cari Kereta Yang Tidak Lebih dari 5 tahun
  • Check mileage, Kalau mileage dia dan beratus ribu jauhnya, baik elakkan beli.
  • performance kereta masih dalam keadaan baik dan selamat. Maksudnya lebih kepada dalaman kereta itu dan juga luaran kereta itu macam mana.
  • Secara kasarnya, semakin lama sebuah kereta itu, mungkin banyak kos maintenance yang anda kena keluar.

 

  1. Buat kira-kira sebelum buat loan
  • Sebab kenapa cara ini yang paling penting, ini kerana semuanya berbalik kepada dana anda. Mungkin anda nak bayar lump sum sebab memang dah target dan kira-kira nak beli kereta mana. Atau anda nak beli kereta dengan cara buat loan bayar bila anda dapat gaji. Kalau anda beli kereta terpakai dengan cara loan, anda mesti buat kira-kira.
  • Pastikan yang ansuran bulanan kereta anda itu tak lebih dari 15% gaji bulanan kau
  • Harga kereta tak melebihi gaji tahunan anda.Contohlah, gaji anda RM 2,500 kenalah kali dengan 12 bulan so dapatlah RM30,000. (2,500 x 12).

 

  1. Ketahui pemilik asal kereta second hand itu
  • Kena ketahui dan kaji dari agent jual kereta itu, siapa pemilik atau owner asal kereta yang anda nak beli itu. Orang Malaysia ke tak, dah pindah milik ke, ada pernah kena saman ke sangkut mana-mana, kereta curi ke tak dan lain-lain lagi.
  • boleh juga kaji dan cari pemilik asal kereta terpakai sendiri online pun boleh.
  • Kita dalam urusan jual beli ini, tak tahu jumpa agent yang jujur atau tak. Kalau tak jujur, entah-entah itu kereta curi dia, kemudian di palsukan semua maklumat, jual dekat kita, sekali kena tahan polis sangkut ini kereta curi. Burn duit macam itu sahaja, sekalilah dengan kau burn dengan agent itu.

 

  1. Cara beli kereta terpakai dengan check kereta dulu
  • Bukan enjin sahaja penting, brake, lampu, signal, fungsi meter-meter kereta, air cond pun penting juga.

 

  1. Pastikan diberi sekali buku servis kereta
  • Masa sebelum kau nak sign agreement itu, pastikan agent car sale itu dah bagi kau buku servis ataupun service & maintenance book itu dekat kau. Kalau takda, kau minta. Kalau dia tak bagi kau blah sahaja cari tempat lain yang jujur.

 

  1. Test drive dulu kereta second hand
  • alami dan rasa kereta itu macam mana perfomance dia. Kalau dekat dalam dia punya kelengkapan dan peralatan itu cukup tak. Berbaloi ke dengan harga yang anda kena bayar nanti.
  • Melalui drive test juga anda tahu dah, kereta ini okay ke tak sebenarnya. Atau agent itu tipu ke tak pasal condition kereta itu.

 

Artikel Lain 

PEMERIKSAAN PUSPAKOM (Cara Buat Temujanji & Semak Prosedur Kos)

2 thoughts on “Cara Beli Kereta Terpakai (Berapa Interest & Semak Harga)”

Leave a Comment