CARA SEMAK BIL SEMASA ELEKTRIK GUNA SMART METER

CARA SEMAK BIL SEMASA ELEKTRIK GUNA SMART METER

SEMAK BIL ELEKTRIK

Pastinya setiap bulan anda akan menerima Bil elektrik berserta jumlah bayaran yang dikenakan. Tak kira sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, kita perlu membayar bil elektrik yang jumlahnya bergantung kepada sejauh mana penggunaan tenaga elektrik yang kita pakai setiap hari.Bagaimakah cara semak bil elektrik

Terkini TNB telah mula memasang meter pintar (smart meter) di beberapa kawasan seluruh negara. Dengan meter pintar dan aplikasi myTNB, pengguna boleh memantau penggunaan dalam RM atau kilowatt-jam (kWj) sebelum bil rasmi dikeluarkan, mendapat notifikasi penggunaan semasa pada hujung kitaran bil dan lain-lain. Disini kami kongsikan cara semak bil di smart meter mengunakan MyTNB, semoga membantu.

 

APA ITU MyTNB

MYTNB satu aplikasi mudah alih baru TNB yang bertujuan mengurus bil elektrik pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada. Tidak perlu lagi menunggu bil fizikal bulanan anda. Dengan aplikasi ini sahaja anda boleh :

  • Menyemak dan membayar bil
  • Mengetahui penggunaan tenaga elektrik untuk 6 bulan yang terakhir
  • Mengurus akaun-akaun TNB
  • Memilih pembayaran lebih pantas dengan menggunakan kad kredit yang boleh disimpan di dalam aplikasi
  • Cara mudah untuk memberikan maklum balas berkaitan bil elektrik

 

MUAT TURUN APLIKASI MyTNB

Untuk memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi myTNB dalam handphone anda. Berikut adalah pautan aplikasi MyTNB:

  • Play Stote bagi pengguna Android
  • Apple Stote bagi pengguna IOS

 

CARA DAFTAR MyTNB

Untuk pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi MyTNB atau layari pautan https://www.mytnb.com.my/
  2. Klik pada New here? Register now!
  3. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan (Nama/No Kad Pengenalan/NoTelefon/Email/Kata Laluan)
  4. Tick pada terms of use and policies.
  5. Seterusnya klik pada Create Account.
  6. Masukkan no OTP yang anda terima di pada no yang anda isikan tadi, klik Confirm.
  7. Akan terkeluar Pop Up pendaftaran anda berjaya, klik ok
  8. Anda akan terima link pengaktifan di email anda, klik link tersebut
  9. Selesai

 

 

CARA MASUKKAN AKAUN TNB DALAM APLIKASI MyTNB

Berikut adalah merupakan cara untuk masukkkan akaun TNB anda dalam aplikasi MyTNB

  1. Log masuk akaun MyTNB anda
  2. Pada halaman utama klik Tambah
  3. Kemudian buat pilhan samaada:
    • Pilih Ya jika anda pemilik kediaman tersebut
    • Pilih Tidak jika penyewa atau lain-lain.
  4. Isi maklumat diperlukan.
  5. Jika pilih pemilik kediaman, sekarang anda hanya perlu isikan butiran diminta.
  6. Jika anda pilih bukan pemilik kediaman
    • Pilih Ya jika anda mempunyai nombor kad pengenalan pemilik.
    • Pilih Tidak jika anda hanya mempunyai nombor akaun TNB rumah.
  7. Untuk nama akaun, ia terpulang anda. Contohnya, Rumah Sendiri atau Rumah Sewa
  8. Seterusnya tekan Tambah Akaun
  9. Semak kembali maklumat anda dan tekan Sahkan sekiranya tepat.
  10. Tekan Selesai.

NOTA: Nombor akaun merujuk pada nombor akaun TNB anda yang boleh didapati pada bil fizikal anda.

 

CARA KENALPASTI SMART METER TNB

Untuk mengetahui jika kediaman anda menggunakan Smart Meter atau tidak, pada senarai akaun TNB di aplikasi, seandainya terdapat ikon kecil berwarna biru cerah dengan kilat pada akaun tersebut, maka ia menggunakan meter pintar.

Selain itu, jika bil bulanan semasa tidak dipaparkan (bil rasmi secara fizikal juga belum dihantar), itu juga bermakna meter anda bukan meter pintar. Contohnya, anda menyemak pada bulan Mac namun bil terkini pada graf tersebut ialah Februari.

 

CARA SEMAK BIL SEMASA ELEKTRIK (Real Time)

Pastikan kediaman anda menggunakan meter pintar daripada TNB untuk semak bil elektrik semasa. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun MyTNB anda
  2. Pada halaman utama, pilih akaun TNB yang anda ingin semak. Contohnya Rumah Sewa.
  3. Di sini, anda dapat lihat graf untuk setiap bulan, Untuk bulan semasa, itulah penggunaan elektrik anda ketika ini.
  4. Contohnya sekarang ialah bulan Mac, tertera RM37 pada bulan Mac. Ini bermakna penggunaan anda setakat hari ini ialah RM37.
  5. Diingatkan, jumlah tersebut belum termasuk cukai, diskaun atau caj tambahan daripada TNB.

NOTA: Sekiranya anda masih menggunakan meter biasa atau lama, anda hanya mampu melihat bil setelah TNB mengeluarkan bil secara bulanan.

 

CARA TETAPKAN PENGGUNAAN Bil BULANAN(SEMAK BIL ELEKTRIK)

Dengan penggunaan meter pintar, anda boleh menetapkan bajet bulanan. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun MyTNB anda
  2. Pilih akaun yang anda ingin tetapkan bajet.
  3. Tekan anak panah bawah, klik ‘Tetapkan Energy Budget Anda’.
  4. Masukkan bajet anda contohnya, ‘RM150’.
  5. Tekan ‘Simpan’.

Nota: Sekiranya anda tetapkan RM100 sebulan. Aplikasi akan memberitahu anda jika penggunaan anda menghampiri 100% bajet.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara semak bil semasa elektrik guna smart meter, anda boleh:

  • Layari web rasmi TNB: mytnb.com.my
  • Hubungi TNB careline: 1-300-88-5454

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK BIL TNB ONLINE (Guna MyTNB App)

Leave a Comment