SEMAKAN STATUS LESEN & TAPISAN KESELAMATAN PENGAWAL TEMPATAN (esims.moha.gov.my)
Sekiranya anda ingin membuat semakan dan tapisan keselamatan pengawal tempatan, disni kami akan kongsikan caranya dengan menggunakan portal ESIMS, semoga membantu.
APA ITU ESIMS
Laman web ini adalah kemudahan kepada orang awam yang ingin menyemak status lesen syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan status tapisan keselamatan pengawal keselamatan warganegara tempatan. Keputusan semakan status lesen syarikat adalah berdasarkan kepada lesen yang masih sah pada tahun semasa. Sila laporkan kepada Kementerian Dalam Negeri sekiranya mendapati syarikat beroperasi tanpa lesen.
CARA PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN(esims.moha.gov.my)
- Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat pengesahan ketulenan MyKad kakitangan dan pengawal keselamatan secara biometrik terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Syarikat Agensi Persendirian WAJIB membuat tapisan keselamatan ke atas semua pengurusan syarikat agensi persendirian, kakitangan dan pengawal keselamatan.
- Syarikat Agensi Persendirian hendaklah membuat permohonan tapisan keselamatan secara online di ESIMS
- Syarikat Agensi Persendirian hendaklah memuatnaik gambar berukuran passport yang terkini (Gambar hendaklah menampakkan keseluruhan wajah dan kedua-dua paras bahu dengan jelas).
- Pengawal keselamatan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Penduduk Tetap adalah tidak dibenarkan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Nota: Syarikat Agensi Persendirian merujuk kepada syarikat kawalan keselamatan dan penyiasatan persendirian yang berlesen dengan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Agensi Persendirian 1971
CARA SEMAK STATUS LESEN SYARIKAT
Sekiranya anda ingin membuat semakan terhadap status lesen syarikat yang berkenaa, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Semakan ESIMS
- Pada paparan utama klik pada Semakan Lesen Syarikat
- Sila masukkan nama syarikat atau nombor pendaftaran syarikat (SSM)
- Kemudian tekan butang semak.
- Status lesen syarikat akan terpapar. Selesai.
CARA SEMAK STATUS TAPISAN KESELAMATAN PENGAWAL TEMPATAN
Sekiranya anda ingin membuat semakan terhadap status tapisan keselamatan pengawal tempatan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Semakan ESIMS
- Pada paparan utama klik pada Semakan Tapisan Keselamatan Pengawal Tempatan
- Sila masukkan no kad pengenalan yang ingin disemak
- Kemudian tekan butang semak.
- Status tapisan keselamatan akan terpapar. Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan status lesen agensi persendirian dan tapisan keselamatan pengawal, anda boleh merujuk portal rasmi ESIMS.
ARTIKEL LAIN
CARA RENTAS SEMPADAN SINGAPURA MALAYSIA TERKINI (Keluar & Masuk)