CARA BELI KERETA RECOND (Semak Harga Model Cukai Loan)

CARA BELI KERETA RECOND (Semak Harga Model Cukai Loan)

KERETA RECOND

Sekiranya anda ingin memiliki kenderaan mewah tetapi dengan kadar harga yang rendah mengikut kemampuan dan citarasa anda, anda boleh membeli kenderaan recond. Disini kami kongsikan maklumat berkaitan kereta recond, semoga membantu.

 

APA ITU KERETA RECOND

Kenderaan recond atau singkatan dari “reconditioned vehicle” merupakan kenderaan import terpakai dan menjadi pilihan dalam pembelian kenderaan mewah. Kenderaan recond ini banyaknya di bawa masuk dari dua negara United Kingdom dan Jepun kerana kedua-duanya ialah negara panduan sebelah kanan dan spesifikasi serta homologasi kenderaan mereka tidak jauh beza dari Malaysia.  Kenderaan recond ini kebiasaan berusia lima tahun dan paling minimum setahun.

 

JENIS KERETA RECOND

Berikut adalah merupakan antara jenis kenderaan recond yang ada dijual di Malaysia:

  • Honda Oddyssey
  • Toyota Alphard
  • Toyota Estima
  • Toyota Harrier
  • Toyota Velffire
  • Toyota Wish

 

CARA SEMAK KERETA RECOND

Sebelum anda membuat pembelian, seharusnya anda membuat semakan terhadap kenderaan recond tersebut menggunakan VIN Number atau Chasis Number (Frame Number) yang anda perolehi sewaktu memeriksa kenderaan tersebut :

  1. https://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.html
  2. https://carvx.jp/?referrer=qjNPzT9l8REf
  3. https://jpcenter.ru/report
  4. https://www.cartell.ie/japanese-import/
  5. https://scrut.my/
  6. https://japancarhistorycheck.com/

 

PERBEZAAN HARGA KERETA RECOND

Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan harga kenderaan recond ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya:

  • Kualiti kereta (bebas kemalangan)
  • duti serta kadar cukai yang dikenakan
  • Kos pengangkutan
  • Penjualan/pembelian AP
  • Servis yang ditawarkan oleh penjual

 

KADAR HARGA KERETA RECOND

Berikut adalah merupakan anggaran harga kenderaan recond:

Jenis KenderaanHarga Recond (RM)Harga Recond (Bebas Cukai)* RM
Honda Oddyssey

 

115,000 – 185,000175,000
Toyota Alphard

 

220,000 – 310,000258,200
Toyota Estima

 

120,000 – 195,000
Toyota Harrier

 

115,000 – 185,000161,500
Toyota Velffire

 

180,000 – 275,000218,750
Toyota Wish

 

80,000 – 95,000

* Kawasan bebas cukai adalah seperti Langkawi dan Labuan

 

 TIPS PEMBELIAN KERETA RECOND

Sekiranya anda ingin membeli kenderaan recond, pastikan anda mengetahui tips-tips seperti berikut:

  • Buat kajian kenderaan
  • Buat kajian harga
  • Pilih pengedar yang terkenal
  • Dapatkan informasi alatan aksesori kenderaan
  • Periksa keadaan kenderaan (sebaiknya bawa mekanik)
  • Pandu uji
  • Ambil gambarkenderaan
  • Buat rundingan harga denga penjual
  • Buat perbandingan harga dengan penjual lain
  • Minta salianan AP
  • Periksa dengan bank (kesahihan AP)
  • Dapatkan resit rasmi tempahan (pastikan tertera jaminan wang dikembalikan sekiranya pinajman tidak diluluskan)
  • Jaminan bayaran balik
  • Sediakan dokumen diperlukan
  • Ambil perlindungan tambahan pinjaman
  • Semaki Full Quotation
  • Ambil pakej perlindungan Alatganti

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menerima dokumen-dokumen rasmi seperti berikut:

  • Salinan lengkap AP
  • Salinan sijil import
  • Salinan geran
  • Salinan cukai jalan
  • Salinan Cover Note insurans
  • Salinan laporan Puspakom B6 dan B7
  • Invois
  • Penyata perlindungan alatganti tambahan dan perlindungan pinjaman (jika ada)
  • Kunci pendua

 

ARTIKEL LAIN

Cara Beli Kereta Terpakai (Berapa Interest & Semak Harga)

1 thought on “CARA BELI KERETA RECOND (Semak Harga Model Cukai Loan)”

Leave a Comment