CARA BUAT ADUAN SKMM(Internet Kawasan Lemah)

Sekiranya di kawasan anda mempunyai liputan internet yang rendah, anda boleh membuat aduan dengan SKMM. Macam mana cara buat aduan kat SKMM ni? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKMM

SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Terdapat 3 cara untuk buat aduan SKMM iaitu;

CARA BUAT ADUAN SKMM

Biasanya lebih prefer  untuk buat aduan kat laman web / portal sebab dia dah bagi nombor rujukan dan senang nak check status. Berikut adalah cara untuk membuat aduan menggunakan web/portal:

  1. Layari pautan aduan SKMM: https://aduan.skmm.gov.my
  2. Klik pada  butang hijau Aduan Baru/New Complaint
  3. Seterusnya isikan jenis aduan yang tertera (sekiranya liputan rangkaian lemah):
    • Jenis aduan: Complaint
    • Jenis perkhidmatan: Cellulat Services
    • Kategori: Network
    • Subkategori: Poor Coverage 4G/LTE
    • Pembekal perkhidmatan: Syarikat telco yang bermasalah di akwasan anda(boleh pilih lebih dari satu)
  4. Seterusnya isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap
  5. Isikan maklumat huraian masalah liputan anda. Kemudian, lengkapkan maklumat yang lain seperti model telefon, lokasi masalah, alamat serta latitud dan longitud tempat anda.
  6. Lampirkan gambar masalah anda sama ada tangkap layar (screen shot)) liputan yang bermasalah di telefon anda atau gambar yang berkaitan.
  7. Seterusnya sahkan CAPTCHAs yang tertera dalam ruang yang disediakan
  8. Tick pengesahan maklumat
  9. Klik pada Hantar/Submit untuk Hantarkan permohonan anda
  10. Lepas tu SKMM akan bagi nombor rujukan untuk membuat semakan balik aduan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR JARINGAN PRIHATIN: BOLEH BATAL & TUKAR SEBANYAK 3 KALI

JARINGAN PRIHATIN B40: CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN RM300 PERANTI, RM180 DATA

1 thought on “CARA BUAT ADUAN SKMM(Internet Kawasan Lemah)”

Leave a Comment